Saturday, 10 March 2012

Seronoknya bercuti di kampung sendiri

Alhamdulillah...sampai kat Batu Pahat pukul 01:00 tadi...memang penat even perjalanan cuma 3jam+ je..tapi sebab bus bawa macam haremmm so badan pun sakit2..nak tido pun tak selesa...

Pagi ni dah kene bangun pagi2 sebab nak teman mak g beli barang2 tuk kenduri...akak2 semua balik sok...sob sob... oleh kerana majlis besarnya adalah pertunangan aku so aku kene la amik cuti tolong ape yang patut kat rumah ni..lagipun barang2 hantaran semua tak siap lagi..tak buat pape pun lagi..wahh aku sorang je pula tu kene buat sendiri..tak pelah. aku pun malas nak susahkan sesapa. Even aku tak kreatif tapi cuba la kreatif2kan diri ni...boleh??hahah

Aku akan bercuti start hari ni sampai isnin...tu yang paling seronok. Sebab ape cuti kat kampung aku seronok??sebab kat bawah ni


Abg Long & abg ngah berkelah kat pondok

pokok ciku yang sangat lebat

geram giler tengok buah ciku yang merimbun(xtau tatabahasa yg betol)

cantik kan bukit ni nak buat post wedding..ngeheh ;) 

ke laut kita wei...
Bestkan kampung aku???haha puji kampung sendiri...ni belom lagi masuk gambar pantai minyak beku..teruja tak?? ok tak teruja tak pe =_= tahu ade kampung orang len lagi cantik...tapi ade aku kesah..blog aku sukati aku ler nak puji kampung sendiri pun iya dok?

So c u in next entry


Thursday, 8 March 2012

Inspired by Button My Buttons

Salam Khamis semua....

Hari ni nak cakap semalam malam semalam...semalam Senah, Jah, Tipah dengan Bedah g tempah baju kat seorang akak ni kat Bt 3...sejak dari kecik tak pernah tempah baju kat orang len selain mak buatkan sendiri. Tu pun baju kurang biasa & kurung pahang je yang mak reti buat. Lagipun Senah memang suka baju simple2 je. Pakai baju pesen2 pun tak guna sebab Senah ni bukan seorang gadis ayu jalan lenggang lengguk & duduk sopan santun. Silap2 pesen2 sangat duduk pun tekepot2... tak kuasa Cik Senah * tangan di bahu mata ke atas o.o

So this is 1st trial nak tempah kat orang tak kenal. Cuak gak sebenarnya sebab takot baju tu tak jadi ape yang kita nakkan.Tapi sebab Cik TIpah yang kenalkan tailor ni dan dia pun puas ati akak tu buat baju2 dia so kitaorang pun serbu la g buat ramai2 kat Kak Illa tu.

Sebelum tempah tu Senah ade la usha fesyen2 baju yang nak ditempah..dan aku tertarik giler dengan signature design dari Button my Buttons ni...
kredit to Button My Button 
cantik kan??tapi harganya pun cantik jugek...ngehehe...bagi golongan kureng mampu cam aku ni nampak gayanya melopong je la tengok kecantikan baju ni...O.o

kalo korang rasa korang mampu nak beli makanya pergilah tempah dengan dorang...ramai retis yang pakai baju dari butik ni..contohnya Intan Ladyana, Juliana Evans, Tiz Zaqyah, Kila fairytale *opsss dan ramai lagi lah...korang leh la tengok kat page dorang


So dah penat aku promote page Button My Buttons tak berbayar, berbalik pada citer tempahan baju aku tu..aku pun beria la tanya akak tu leh tak buat lebih kurang macam baju  kat atas tu *aku tak tiru eh,just inspired je <-takot kene saman punya statement..haha . So akak tu pun kata Insyallah, terus senyum lebar muka aku...so sekarang tak sabor tunggu hasil baju aku..korang pun mesti xsabor nak nengok baju aku kan...mudah2an tak jahanam la baju aku tu nanti...hahhaa

Baju ni aku tempah sebab nak jadi bridesmaid Cik Bedah..dia nak kawen bulan depan..nak kawen dah kawan aku...happy for you dear..

Till next entry...wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...