Tuesday, 25 October 2016

Susu semakin drop at 11weeks of pregnancy

Maaf la ya tajuk post kali ni caca marba.... sepatutnya semakin hari semakin kene kurangkan stress...tapi iolls bertambah stress sebab susu semakin drop and i feel sooooo tired. Writing and typing in blog rasa lebih tenang gitu...sebab aku menulis tak kan ade orang nk komen and complaint...ngehehe

Since my previous post regarding menyusukan dan mengandung, susu semakin drop.In 4weeks susu kurang hampir separuh.29/8 ritu still boleh dapat 4botol x 4oz now dapat 8-9 oz je...huhu..but i'm ready for this just macam buat tak tau je..as long anak aku sihat tak mengamuk sebab tak cukup susu...lagi sebulan je dia nak setahun...she is 11month by today...alhamdulillah...still fully BF and I hope at least can BF dia sampai setahun lebih sikit ler kan...until i deliver the baby insyaAllah...mudah2an that time susu meriah for both my child..insyaAllah..amin

I still maintain mengepam 2x kat office because of tak larat sangat kalo nak ngepam extra session. Kat rumah memang tak payah berangan nak ngepam because i got direct pump, Humaira. My contigency plan???..mengepam extra session at home mungkin. But I dont want to push so hard if I cannot cope with this situation. Ya Allah now rasa besar betol pengorbanan ibu2 yang nyusukan baby and pregnant at the same time. Moga para husband appreciate wife2 anda ya...try to pamper them with something they comfort with, macam bagi makan sesedap ke, bawa jenjalan ke, urut2 badan ke...wahh macam bagi hint kat shuben sendiri...semoga shuben baca la post ni...ngehehe

Rasa macam merungut pula post kali ni. Bukan merungut pun niatnya, just nak share my feeling yang rasa macam useless mother plak tak dapat bagi yang terbaik tuk anak and bakal baby. I appreciate with thanks if korang dapat doakan aida dan baby dalam keadaan sihat and selamat. Biasa la fasa mak2 tengah mood down ni. Emosi terlebih, kadang2 leh nangis sorang2, macam orang gila pun ada, buat i know Allah tak akan uji hamba-Nya lebih dari kemampuan hamba-Nya. I know there must be a great reason behind all this test. InsyaAllah...

Nak semangat kene tengok gambar anak...


 Maira tengah pujuk bapak dia nak minum air mangga...Ayah nya boleh makan jajan depan anak..sabor jela


Ok dah semangat balik dah... :)


Tuesday, 18 October 2016

6 TIPS UNTUK MULAKAN BISNES ONLINE

I am sharing tips ni dari Anis, owner Tudung ruffles...semoga bermanfaat...

Aida tiru bulat2 ayat dia..hehehe...for my future references...

Anis dah pernah share tips ni sebelum ni, tapi. Sebab ramai yang masih tanya di dm, anis reupload semula ye
-
1. Tahu siapa target market korang. Dengan siapa korang nak jual?
Jantina: Laki atau perempuan
Umur: Belasan, 20an, 30an
Golongan: student, executive dll
-
2. Tahu apa yang target market nak?
Benda ni paling penting. Kecikkan golongan target market ni masa memula buat bisnes. Fokus je pada mereka. Tak semua orang taste sama. Macam anis pun, hanya fokus pada target mereka yang bentuk muka bulat dan suka bawal. Sebab anis hanya faham apa golongan ini nak. Sebab muka anis pun bulat hiks
-
3. Tapi apa nak jual?
Jual sesuatu yang dapat selesaikan masalah target market tadi. Jual benda baru dlm market. Sentiasa innovative. Upgrade value. Macam mana nak buat orang lain beli benda yang anda jual? Mestilah dorg nak beli benda yang belum ada dalam pasaran.
-
4.Macam mana nak marketing barang kita jual tu kepada target market kita tadi?
Tahu siapa influencer yang sesuai dengan target kita nak jual tu. Barulah berbaloi marketing yang kita buat
-
5.Facebook Marketing
Selain influencer, fokus juga marketing di facebook. Di facebook, jika anda tahu cara yang betul. Anda boleh dapat sale mencecah 6 angka jika kena caranya. Macam mana nak buat? Yang tu panjang lebar nak terang. Jadi rajin rajinkan google marketing facebook untuk tahu caranya.
-
6. Fokus fokus fokus. Jangan cepat pusing nak jual benda sana, pusing jual benda sini. Percayalah setiap benda di dunia ni ada benda orang nak beli. Cuma cara kita selling dan dengan siapa kita jual tu betul atau tak je. Jadikan semua benda negatif sebagai pembakar semangat dan juga menjadikan kita lebih baik dari esok.
Anis harap tips yang anis kongsikan ni membantu. List down 1-5 atas kertas. Insha Allah nanti mesti korang nampak apa yang korang bebetul nak jual. Semoga berjaya usahawan muda di luar sana.

Menyusukan dan mengandung

Tak pernah plan atau terpikir akan mengandung anak ke 2 seawal ini...Seawal umur Humaira pada usia 9 bulan... -_-'.... bukan nak menidakkan rezeki dari Allah ya..tapi memang tak sangka sangat2...hahaha...I know i will get few negative comment from people yang memang suka pikir negative. Eh, awalnya,anak ko kecik lagi, jalan pun tak pandai lagi, eh anak ko menyusu lagi, lepas ni kene bagi susu formula lar...eh anak ko nanti tak dapat kasih sayang mesti dia kuat mengaruk,eh eh dan banyak lagi eh...

Sebenarnya I know that I pregnant since 6weeks of pregnancy. I know i will get a lot of negative comment instead of positive feedback. First komen dari orang paling aku sayang & dekat di hati. Mungkin kerisauan dia sebagai mak kot..risau aku tak leh handle 2 children at 1 time.. Ha r..mak aku sendiri...Sedih tu memang la sedih sebab mak macam tak berapa selesa aku pregnant terlalu awal. As said earlier, bukan aku & shuben yang minta. Kami minta dimurahkan rezeki dari Allah, dan inilah dia rezeki yang Allah bagi. Memang kene minta secara khusus, rezeki apa aku nak minta lepas ni. Rezeki datang dalam pelbagai cara kan..huhu

Since aku menyusukan Humaira dan nekad nak susukan dia sehingga cukup umur 2 tahun. Aku tetap juga teruskan penyusuan. Dari pembacaan dan pertanyaan kat LC dan doktor, tak ada halangan teruskan penyusuan melainkan kita ada pendarahan, masalah dengan kelahiran pra-matang atau pernah gugur. Dari awal kehamilan aku tak ada masalah, cuma cepat letih, nipple akan rasa pedih especially bila Humaira direct BF. Tuhan je yang tahu, sampai menjerit2 aku...huhu

After review dan komen2 dari doktor dan pengalaman orang lain, sebagai ibu yang menyusukan dan mengandung..aku kene amik langkah2 kat bawah ni. No excuses ok..

1) Ambil kalori dan khasiat tambahan. Yela makan tuk 3 orang kot. Rujuk doktor atau pakar kesihatan kalau berlaku apa2.
2) Minum air banyak. Air putih/air jarang ya... bukan air manis2 yang mendatangkan kencing manis.
3) Dapatkan rehat secukupnya sebab ibu mengandung akan cepat letih, cepat stress dan cepat segalanya kecuali lambat jalan..wakakak.. Lagi2 menyusukan anak. Dengan perot boyot..Just imagine how it feel???
4) Bersedia hadapi susu drop sebab bila masuk kandungan 4 bulan, pengeluaran kolostrum akan bermula. Rasa susu akan lain, kemungkinan baby kita akan tolak susu sebab susu adik kan...huhu...Doktor cakap tak yah risau pasal baby tak dapat kolostrum nanti. Badan kita ni cantik dah Allah jadikan boleh tau hak siapa untuk siapa...Bersyukur dan amazing dengan kejadian Allah kan??
5) Bersedia dengan susu formula jika berat anak bawah garisan kuning. Sebenarnya boleh ajar anak dengan makanan berkhasiat sejak umur 6 bulan. Humaira plak jenis tak makan bubur nasi. I get prepared dengan pelbagai pilihan lain tuk dia macam roti, biskut, finger food dan buahan2. Tu je Humaira makan so far.. Anak oh anak. Picky sangaatttttt...mak pening....

Kalau korang nak lebih details boleh semak blog Dr Zubaidi ni. Aku pun baca dari banyak pengalaman ibu2 lain dan blog2 Doktor yang bertauliah...
Ni hasil 28/9/2016. Alhamdulillah...still maintain dapat 4 botol full ikut keperluan Humaira. 
This is what i got from LC Klang, kak Fazilah
Keperluan Humaira daily 4oz x 5botol = 20oz. Alhamdulillah so far pum dekat ofis dapat 16-19 oz untuk 2x pum. Pum pagi pukul 10.30 dengan petang 3.30 ptg. Sejak Humaira masuk 9 bulan aku dah start pum 2x je..Susu dah makin drop sejak 1st period. Lepas tu tak period sebab terus lekat dah ni..hahaha...Aku pum 3x dapat segitu, pum 2x pun dapat segitu, so aku decide pum 2x je..hasilnya tetap sama..Penat kurang sikit..hihi...janji mencukupi tuk anak aku..

Sejak tahu aku mengandung baru la stock aku yang tak terusik dari bulan 1 tu. Tapi bulan 1 & 2 aku dah let go.. terpaksa buang sebab dah lebih 6 bulan dah.. Ikutkan elok je lagi, tapi aku yang tak secure dengan khasiat dan rasa nya. So aku decide guna stock dari bulan 3.Baru la berjalan stock2 frozen EBM aku tu. Kalo tak sebelom ni Humaira minum chilled and fresh je. Ya Allah baru aku sedar perjalanan aku tu Allah dah susun indah cantik. Dia bagi aku susu melimpah ruah dari awal2 rupanya sebagai persediaan untuk baby ke 2. Deep freezer tak la penuh sangat tapi insyaAllah cukup tuk cover sampai Humaira tuk 6 bulan akan datang. Tapi aku dah start buat FIFO la dari bulan lepas lagi..

Since guna stock frozen aku bagi humaira 3frozen, 2 chilled. Dah tak boleh fresh dah pagi. Sebelom tu kalo marmet pagi insyaAllah boleh je dapat 4oz, lepas period aku memang dapat sikit sangat pagi tu. Kene tandem atau kene pum baru leh dapat 4oz. Tahap kerajinan tu kelaut bila sebut pum. Huhu... So bagi jela chilled EBM kat maira. Nanti nak susu, pengasuh Maira panaskan je...

Semoga yang senasib dengan aku boleh la kita sama2 share ilmu dan pengalaman ya.. Bakal ibu anak 2...hehehe

Monday, 17 October 2016

Penyusuan Semasa Hamil

Tahukah ibu sebenarnya penyusuan masih boleh diteruskan walaupun ibu sedang hamil lebih2 lagi jika bayi pertama masih kecil dan amat memerlukan belaian, sokongan emosi, stimulasi otak dan kasih sayang ibu, yang boleh di dapati dari penyusuan susu ibu sendiri.

Ibu masih boleh menyusu seperti biasa jika TIADA komplikasi berlaku atau jika ibu TIADA sejarah komplikasi semasa kehamilan sebelum ini seperti; keguguran, pendarahan semasa hamil, kelahiran bayi pramatang atau hamil kembar.

Menyusukan bayi semasa mengandung juga tidak menghalang bayi dalam kandungan dari mendapat zat nutrisi yang diperlukan. Perubahan dalam badan ibu adalah ciptaan Allah yang sangat luarbiasa. Susu ibu akan dihasilkan mengikut priority. Jangan risau, kerana kolostrum akan tetap juga terhasil untuk bayi yang bakal lahir nanti.

Kadangkala perubahan hormon ibu bermula trimester kedua menyebabkan rasa susu ibu berubah dan tambahan juga disebabkan psikologi anak, dengan sendirinya anak itu akan berhenti menyusu.

Persediaan untuk ibu hamil jika ingin terus menyusukan semasa hamil adalah:
1. Dapatkan rehat yang cukup dan amalkan pemakanan sihat dan air yang secukupnya untuk memastikan badan kekal bertenaga sepanjang kehamilan.
2. Kadang-kadang disebabkan perubahan hormon dalam badan, susu ibu akan mula berkurang. Ini juga adalah normal terutama jika usia kehamilan mula meningkat. 
3. Payudara ibu akan mula berasa sensitif terutama di bahagian puting susu. 
4. Pastikan ibu sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dan monitor keadaan bayi dalam kandungan dan juga keadaan kesihatan anak yang masih disusukan.

DARI SEGI HUKUM pula Islam tidak melarang ibu untuk menyusukan anak semasa hamil.

Menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tiada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)" - Hadis Riwayat Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah R.A.Al-Ghilah (menurut Ulama) bermaksud:
1. Maksud pertama: mensetubuhi isteri ketika sedang menyusukan anak (dikhuatiri akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang disusui)
2. Maksud kedua: seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil.

Diceritakan, Nabi S.A.W. pada mulanya ingin menegah kerana khuatir memberi mudarat kepada bayi yang disusui kerana menurut tabib-tabib Arab zaman itu, susu wanita hamil adalah penyakit dan orang Arab tidak menyukainya dan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Namun Nabi menarik semula hasrat baginda setelah mendapati orang Rom dan Parsi mengamalkannya dan tiada kesan mudarat ke atas anak mereka.
Jadi ibu, tarik nafas dalam-dalam, tepuk dada, tanya hati. Keputusan di tangan ibu. Jika mahu teruskan, InshaAllah, Allah pasti lorongkan jalan.

Sumber : Facebook, Blog orang lain...ni memang copy paste tuk rujukan sendiri..

#jangankecamsaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...