Friday, 10 July 2015

Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 Rumah Amal Budi Bistari, Rawang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk hari ke 24 Ramadhan. Rasa kejap je nak meninggalkan Ramadhan,macam baru kelmarin je start puasa dan berterawih dengan shuben. Tahun ni syukur dapat sama2 jemaah dengan shuben dan dapat gak mengaji even tak dapat khatam Al-Quran tu..huhu...Rasa macam tak complete lagi Ramadhan selagi tak habis baca Quran. Mana tak nya..lepas magrib baca Quran tak sampai 30minit mata tu macam di gam2...haishh syaitan tak de..ni semua nafsu tido yang kuat la ni..Salah mata plak kan..hehehe..

Actually tak sabar nak menunggu hari esok. Teruja dari awal minggu ritu tapi dalam pada tu menunggu gak if boleh ke tak join majlis ni. Sebelom ni memang akan ikut aktiviti lebih2 lagi kalau melibatkan anak2 yatim. InsyaAllah kalau tak ada aral memang akan involve. Alhamdulillah kapten Pink Mania Group (PMG) kak Azie jemput..bukan nak ngengada nak tunggu orang jemput macam kita ni VVIP tapi sebab dah lama tak aktif dalam bisnes jadi rasa segan nak bergaul. Walhal PMG tak de pun rasa gitu.. Selalu je update pape program..terasa sendiri..hihihi

Tahun lepas berbuka di stokis B32, shuben pun ikut sekali. Tapi masa ni tak ada pun bergambar dengan anak2 yatim. Sebab masa singkat sangat dengan husband yang baru berjinak2 nak kenal dengan rakan2 PMG. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Dapat solat magrib,isyak dan terawih dengan anak2 RABB dan juga anak2 Tahfiz Syazwan, Ampang. Seronok dengar anak2 tahfiz tu ghasidah.

Majlis Berbuka Puasa di B32, 2014



If korang nak tau,RABB ni dah jadi anak angkat group PMG dah beberapa tahun. Tak silap dah 3 ke 4 tahun sejak dari aida join bisnes. Memang banyak aktiviti kami jalankan. Ritu kami baru je bawa mereka pergi KidZania. Seronok betol budak2 tu main dalam tu sampai tak cukup masa. Tahun sebelomnya bawa ke Putrajaya Cruise. Kami pun merasa la sekali naik cruise. kalo tak gitu memang tak merasa nak naik..hahaha

Kat bawah ni aida sertakan gambar2 masa aktiviti2 lepas.. Tak banyak dalam simpanan aida. Tak sure plak simpan kat mana. Bila format handphone,tak backup maka hilangla gambarnya..huhu...tapi kenangan tu tetap dalam ingatan. Tu yang penting kan....

 Cruise Putrajaya


KidZania, Damansara



Kak Azie bagitahu tahun ni lagi ramai akan involve dan majlis buat dekat Felda D'Saji, Tasik Titiwangsa. Shuben mula2 keberatan nak lepaskan aida g sorang tanpa kawan. Lagi la dah lama aida tak drive jauh2 ke KL plak tu,tambah dalam keadaan tengah sarat ni. Mujur dia ok dan bagi pergi tapi balik awal la sikit. Dia plak tak dapat nak teman kali ni. Ajak Madi dia pun dah ada plan berbuka dengan kawan2 dia kat Bangi, so tawakal insyaAllah dipermudahkan perjalan aida esok pergi dan balik dengan selamat.


Doakan semoga majlis kami berjalan lancar esok seperti majlis2 sebelom ni..Mudah2an..amin

Wasalam....

No comments:

Post a Comment

Komen Secara Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...