Tuesday, 25 August 2015

Checkup, suppliment dan bayi songsang

Alhamdulillah, dah masuk 25 minggu 5hari hari ni...semalam g check-up dekat SALAM sebab cadang nak bersalin kat situ kalau tak sempat balik Batu Pahat. Siap2 buat appointment dengan doktor Siti Mariam since last week lagi. Doktor Siti adalah 1 of favourite Dr kat SALAM / area Shah Alam ni.. dia pun doktor kat UMRA dan lagi 1 hospital kat Klang. Baru tahu rupanya Doktor pun orang Batu Pahat..tak ada kene mengena pun tapi saja nak bagitahu...hihi

Shuben 1st time datang teman, sebab selama ni checkup kat KK malas la nk ajak dia..Dah la memang KK tu ramai orang..tambah laki aku ikut sekali menambah jumlah orang..haha..biar la ibu2 mengandung je yg datang. Sebab selalu tengok kalo ade husband teman bukan nak kasi ibu mengandung atau perempuan yg bawa anak duduk..dia duduk selamba je. Hurmmm tak patut betol...Ni check kat Salam pun shuben bising sebab lama..huarghhh...datang pukul 2 tapi dekat pukul 3 lebih baru dapat jumpa doktor..Doktor ade kes so dia masuk lambat.

Sampai je giliran  terus aku tanya Doktor macam2 yang duk bersarang kat otak aku ni..especially masa kuar blood spot. Alhamdulillah doktor kata rahim dan kandungan aku ok je. Tak de terbuka ke apa. Dia kata tu biasa mungkin sebab keje berat dan banyak berjalan...Aku inform Doktor aku akan muntah lepas makan Zincofer, so doktor suggest makan Ganilia sebab dia dah ade complete supplement dan penambahan DHA tuk baby.. So shuben kata ok je Doktor, bagi je apa2 yang ok..huhu..aku tengok shuben dengan terpaksanya..demi baby so MAKAN...g pun air ketuban banyak sampai doktor suh kurangkan makanan manis dan berkolestrol takot kene kencing manis...huhu..Kopi dan teh memang sangat2 kene kurangkan. Kene beli buah2an extra tuk buat jus atau minum jela air putih. Dah la favourite aku minum kopi...demi baby ibu sanggup asal baby sihat walafiat dan sempurna hendaknya...

Selain Ganilia yang doktor bagi tu (bukan bagi,beli ya..hihi) aku amik juga Ostematrix tuk tambah kalsium sebab aku memang tak minum susu sangat..Ada beli susu kambing perisa strawberry tapi kadang2 minum kadang2 tak..So tuk elakkan pengurangan kalsium dalam badan aku amik gak penambahan dan Doktor kata teruskan je. Suppliment ni je dah cukup selain makan makanan seimbang. Ni la rupa Ganilia dan Ostematrix yang aku makan tu...kalo korang nak try boleh tapi sila tanya Doktor dulu ya...



Masa scan tu la Doktor inform baby melintang.. melintang jenis "tranverse position"... No wonder la aku sakit kat ari2 sebab dia selalu mengeras kat bawah sampai kadang2 sakit masa aku nak baring atau mengiring. Posisi paling selesa adalah baring telentang,but not advisable sebab takot affect tulang belakang. So far ok lagi la mungkin juga support dari Tilam BIO VELOCITY SLEEP MATE dan sentiasa beralas bantal kat belakang dan perot tu..
credit photo : www.bayi-ibu.com
Then aku google cara nak betolkan baby songsang. Macam2 la petuanya...tapi antara yang aku rasa rasional nak ikut ade few la kot...
1) sujud agak lama atau banyakkan berada pada kedudukan merangkak/bersujud dan baca ayat ni


2) banyyakkan berdoa dan solat hajat supaya Allah membantu kita dan baby

3) berurut supaya betolkan kedudukan baby. Tak ramai pun reti.Biasa doktor akan buat masa nak melahirkan tu..Ni yang aku baca dari google dan tanya kawan2.
 

4) bercakap dengan baby selalu supaya dia beralih ke kedudukan yang betol

Semoga kita yang alami dugaan yg sama dengan aida dipermudahkan urusan dan baby beralih pada kedudukan yang betol. Ciptaan Allah dan pada Allah jua kita memohon pertolongan-Nya...insyaAllah sampai masa Allah bantu kita kan...sesiapa ada pengalaman bayi songsang share la dengan aida ya...leh share2 ilmu.


Wednesday, 19 August 2015

Nak kawen dahhhhh

I memang dah kawen dah...dah masuk 1tahun 5 bulan dah pun alhamdulillah...ni cousin Aida yang nak kawen. Anak sulung mak Non (adik arwah ayah yang ke 4) yang nak kawen. Muda lagi...umur baru 26 ke 27 tahun. Tapi dah ada perniagaan sendiri iaitu pusat tuisyen. Dulu aida ada share kat dalam IG masa dia buat kenduri doa selamat. Alhamdulillah perniagaan dia berjalan baik dan sekarang dah dipermudahkan jodoh dengan Jieha orang Batu Pahat plak tu... so senang nak balik kampung leh beraya kt kampung skali...tak la gaduh2..hihihi

So Ahad lepas aida, Mak Ti dan anak dia Zakiah datang membantu apa yang patut..Selamat dekat Shah Alam je boleh la sumbangkan tenaga apa yang patut tuk permudahkan majlis tu nanti. Mak Non buat catering sepenuhnya jadi tak banyak yang nak di bantu selain buat goodies dan bunga telur. Bunga telur mak Non dah siapkan sikit2 sebab dia buat sendiri pakai tisu je.. Cantik sangat..mak Non memang kreatif,tau aku minta mak Non buatkan masa wedding aku dulu..hehe...Terlupa nak amik gambar..insyaAllah nanti masa majlisnya aida update bunga telur handmade Mak Non tu.. 
Comel kan souveniour Mak Non ni..masukkan kacang color2 tuk tetamu..senang dan ringkas jer..Ok la tak renyah sangat bila nak bg orang dan orang boleh makan dan gunakan botol kaca tu tuk perhiasan atau kegunaan lain. kalo aku susun n guna wat letak rempah2 ratus aku ni..nampak kemas je almari dapur dan cantik nampak apa isi dalam...kalo ade lebih nanti nak minta mak non lebih...wakakak..tak maluuu...

Masa isi masa sama masuk mulut gak...hopefully cukup la tuk wat isi balang ni..kalo dah asyik masuk mulut je silap2 Mak Non kene beli lagi kacang2 ni...aku paling suka kacang Jepun yang warna hijau tu dan kacang kuning...sodappp....

Monday, 17 August 2015

Sambutan Hari Raya di OMI 2015

Jumaat lepas, sebahagian pekerja local OMI buat majlis Hari Raya 2015 kat OMI. Di sebabkan OMI tak de budget nak wat so kami2 pekerja buat plan sendiri makan2 antara kami. Kumpul duit dan order makananan dan sebahagiannya masak sendiri macam kambing dan ayam bakar. Alhamdulillah macam2 juadah ada. yang paling rajin si Nisha siap masak rendang kerang, daging dendeng, mashed potato, kek batik lagi...lauk pauk lain ade la lemang, nasi impit, kuah kacang, spaghetti goreng dan macam2 lagi la..

Sedap sampai makan tak ingat dunia dan sampai senak perot bila sampai kat rumah.. Sampai kene perli dengan husband. makan la banyak lagi sampai senak perot tu dah tau tak leh sumbat banyak2 makan gak penuh2 kan..Memang nangis malam tu aku tak leh tido sebab perot penuh sangat..huarghhh..siap jolok tekak sebab nak muntahkan balik. yela dah makan macam tak ingat dunia..perot dah sempit pun nak makan macam perot tu leh masuk banyak...sori baby sempit tempat baby nak berdondang sayang..

Kerana aku tak ade kamera makanya aku tumpang la kemera orang. Makanya lambat la dapat gambar kerana memerlukan belas ikhsan dari orang tuk bagi gambar..hahaha...tak sabor nak beli henset baru minggu ni...hoyayyyy...tapi tak pikir lagi nak beli henset apa..janji kamera cun dan nak surf tenet laju.. Note 3 aku tu memang nak kene mandi bunga agaknya..sayang kalo tak betolkan sebab tula hasil duit aku niaga masa bonus besar..Kalo tak dibelikan barang memang habis gitu jela gamaknya.. Tak yah citer lelebih jom kita layan gambor2 warga OMI ni...



























Sempat sambut birthday baby August...comel2 je baby August...yamng gigurl la...yang lelaki ya...ermmmmm



yeeeee...aku sungguh membulat....dah 24weeks (6bulan) alhamdulillah...berat 74kg dah...huhu...pengsan nak dapatkan balik berat dan cutting sbelom kawen...mudah2an berjaya dan tak ragu2 boleh capai kalo konsisten pakai PREMIUM BEAUTIFUL dan jaga makan...










Tepek gambar banyak2 supaya kenangan tu sentiasa ada. Aku ni cepat pelupa tarikh, so at least update kat blog makanya dapat la ingat peristiwa2 best dalam hidup ni..Nanti anak2 dah besar leh la dia tengok apa mak2 n pak dia buat dulu...hehehe...


Scoliosis dan Slip Disc


Sejak aida share artikel tentang scoliosis atau sakit tulang belakang bengkok pada tahun 2012.tiap2 minggu entry most view memang pasal scoliosis ni...memang ramai yang call tanya kaedah rawatan dan macam2 lagi.Tapi kebanyakan hanya bertanya dan mostly yang bertanya adalah mak bapak pada pesakit. Ramai rupanya kanak2 menghidapi sakit ni..Sebab dalam pengetahuan aida sakit ni memang terjadi dari usia kecik hingga la dewasa. Kalo tak dirawat atau di berikan rawatan yang sepatutnya makin kita membesar makin la sakit..huhu...

Aida sendiri tak dapat nak bayangkan sakit mereka macam mana.Tapi pernah la merasa sakit tulang belakang (slip disc). Ni pun pernah share experience aida kat artikel ni.Seriously memang sakit kalo tulang belakang kita ada masalah..sebab bila berjalan atau buat kerja semua bergantung pada tulang vetebrata iaitu tulang belakang...wah ayat sains gitu ko...hahaha..tapi ni tak lawak ya.. sapa pernah rasa sakit slip disc hang tau la nasib hang macam mana... pernah jalan 15 minit ko kene duduk 30 minit??pernah rasa nak tercabut tulang belakang ko bila angkat berat sikit??pernah rasa nak menjerit bila sejuk sangat dan tulang belakang rasa macam nak tercabut dan ngilu???kalo tak pernah rasa Aida ucapkan tahniah sebab pandai jaga diri..

Sesiapa saja yang pernah rasa serba sedikit apa yang aida bgtau tadi then sila cari solution / rawatan cepat especially perempuan yang bakal bergelar ibu. Aida rasa syukur yang amat sangat sebab jumpa rawatan terbaik tuk Aida dengan jadi pemakai PREMIUM BEAUTIFUL dah nak masuk 4 tahun. Syukur sebab jumpa sebelom aida kawen. Bila dah pregnant ni memang rasa lagi2 la bersyukur. Dah masuk 6 bulan rasa sangat belakang mula rasa sakit2, cuba bayangkan kalo aida masih ada slip disc, mau tak leh gerak aida..huarghhhh...serius sakit.. Ni dah di tambah pulak dengan pakai BIO VELOCITY SLEEPMATE lagi la syukur. Membantu sangat2 sebab bagi tenaga dan pulihkan tenaga masa kita tido dan relax. So far memang tak ada bengkak kaki. mudah2an sampai bersalin tak ada bengkak kaki.

Aida memang pemakai dan pengguna setia barangan Sahajidah Hai-O Marketing sejak dari tahun 2012 lagi. So far memang banyak kesan positif pada aida, rakan2 dan customer. Alhamdulillah tak ada lagi feedback negative dari dorang. Terlalu banyak sebenarnya testimoni pemakai barangan2 Hai-O ni sampai tak larat nak share..Cari je kat google atau youtube mesti akan jumpa macam2 testimoni especially untuk Premium Beautiful dan BVSM.

Untuk keterenagan lanjut boleh hubungi Aida 019-2133779 atau pun agent2 aida melalui FB: Aida Mohd Tasrip dan IG: Aida Tasrip

Thursday, 13 August 2015

24th week of pregnancy - Blood spot

Alhamdulillah..masuk minggu ke 23 dah..pejam celik pejam celik je dah masuk 6 bulan mengandung...ya Allah lagi 3 bulan tapi 1 barang baby n mak baby pun tak prepare lagi....g check up lepas raya ritu terus berat nak 2.2 kg...mak aihhhh...dan kerana tu aku kene amik bacaan BP setiap isnin dan khamis...aduyaiiii...sabor jela..selamat husband ade beli BP meter kat rumah so senang la nak buat sendiri..nak g klinik selalu memang tak dan la...dah la klinik tu cas RM15 skali check..kedekut betol...setakat check je bukan luak pun alat tu...hampeh betol...

Ni semua gara2 makan banyak dan aku memang tak leh nak control makan sejak lepas habis puasa...konon nak puasa 6 tapi dapat 4 hari je...Isnin lepas try puasa yang ke 5 tak boleh tahan..berangin sangat2 perot...hari ni puasa lagi ingat nak teruskan sampai last day Syawal sabtu ni..tapi memang tak boleh tahan...perot berangin dan memang muntah..padahal dah makan nasi pagi tadi..terasa sangat baby memang membesar..perot aku pun memang makin membesar2 rasanya...tapi aku tetap kelihatan comel..wakakak..

Erm... actually Jumaat dan Ahad lepas ada keluar blood spot..tak banyak la sikit2..tapi dengan kesihatan aku yang tak mengizinkan aku jadi malas betol nak ke klinik... rata2 akak, mak, dan kawan2 aku yang lain kata tu normal blood spot sebab sikit2..unless la bleeding yang memang banyak tu..tu memang kene check hospital terus sebab takot jadi apa2.. Aku risau gak sebab tengah demam, batuk selsema affect kat baby..
Sampai rini pun tekak masih perit, malam tido memang tak boleh pakai aircond sebab udara kering tu buat tekak aku lagi luka dan perit sampai tido malam aku hisap gula2 strepsils..nasib tak terbelekik gula2 masa tengah tido...hahaha

Next week ade next check up, so leh la tanya kat doktor.mudah2an blood spot tu tak effect baby...doakan la kehamilan aida dipermudahkan. Risau memang risau kalo jadi hal2 macam ni..tapi orang penakot doktor ni memang masalah...Aku bukan risau apa..risau kang dia nak korek ke check pape kat bawah tu...aduyaiii...pening2... Husband paling risau tapi dah dapat bini degil tak nak g klinik pastu degil g uruskan pasir si Dude..dah kene marah dengan husband.. padahal aku g timbuskan taik si Dude je..sebab dia pemalas dah berak tak reti nak kambus..bau la dapur aku nanti..cisshhh..kerana kucing aku kene marah...huhuhu..


BIO SELEZA

************************
APA ITU BIO SELEZA
************************
 
Gabungan fungsi tuala wanita 4 dalam 1.
Tuala wanita yang selesa serta dilengkapi fungsi penjagaan kesihatan.
 
Bio Seleza dirumus khas dengan bahan-bahan yang dapat membantu melegakan masalah berkaitan haid serta ketidakselesaan akibat haid. Dengan tambahan 8 kelebihan yang unik, Bio Seleza memperbaiki kebersihan feminine serta menggalakkan perlindungan kesihatan yang optima sepanjang hari.
 
4 fungsi utama :
Pembasmian bakteria
Penyahbauan
Menyelaraskan fungsi fisiologi tubuh badan
Melegakan masalah sakit puan

 
*****************************
CIRI-CIRI BIO SELEZA
*****************************
- Jalur Teras - anti bakteria
- Penyerapan secara hiper
- Rekaan kawalan kebocoran Unggul
- Permukaan kapas yang lembut
- Lapisan berongga untuk pengaliran udara
- Ultra nipis
- Tidak bertoksik dan mesra kulit
- Perlindungan kebersihan yang maksimum

 
*******************************
KEBAIKAN BIO SELEZA
*******************************
- Kesan anti-bakteria
- Mengaktifkan sel-sel badan dan meningkatkan metabolism tubuh badan manusia
- Meningkatkan sistem pertahanan badan
- Membekalkan kandungan oksigen aktif yang lebih tinggi
- Melegakan masalah senggugut, keputihan dan ketidakselesaan haid
- Menyelaraskan hormon-hormon wanita


******************************************
CARA PENGGUNAAN BIO SELEZA
******************************************
Tanggalkan pelapik jalur pelekat. Perlahan-lahan tekankan jalur pelekat pada seluar dalam anda. Selaraskan untuk keselesaan. Pakai seluar dalam seperti biasa. Tukar apabila perlu untuk keselesaan.


Bio Seleza Mixed Set :
30 pcs x 2 pack pantiliner
10 pcs x 2 pack pad siang
8 pcs x 1 pack pad malam
8 pcs x 1 pack pad malam extra panjang
Price
Harga Bio Seleza Retail RM142 
Ahli rm123
=Total 96 pcs


Bio Seleza Day Safe :
10 pcs x 6 pack pad siang
Price
Harga Bio Seleza Retail RM139
;  Ahli RM120
=Total 60 pcs

Bio Seleza Night Safe :
8 pcs x 6 pack pad siang
Price
Harga Bio Seleza Retail RM139
;  Ahli RM120
=Total 48 pcs

Bio Seleza Panty Liner :
30 pcs x 6 pack pantiliner
Price
Harga Bio Seleza Retail RM150
; Ahli RM130
=Total 180 pcs

Wednesday, 5 August 2015

Bakar Pizza guna Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum...alhamdulillah lepas 2hari puasa 6 Syawal.. Ni saja je nak share pasal juadah berbuka puasa semalam. Disebabkan check up ritu naik berat badan,so konon2 tak nak la jamah nasi sangat sebelom next check up takot ternaik lagi berat badan hihihi...so shuben kata masak la simple2 je..aku dah lama sangat teringin nak makan piza buat sendiri tapi kat rumah tak ade oven, ada microwave jer dan tak reti pun guna microwave tu sebab bila bakar roti je jadi lembik. Aku yang tak reti setting sebenarnya...nak bakar ayam pun tak tau setting..sedihhhh....

So saja blogwalking cari resepi piza yang tak yah guna oven. So terjumpa la banyak resepi piza guna pemanggang ajaib ajer..gunakan la apa yang ada kat rumah so tak yah bazir semata nak buat piza kene beli oven plak...Aku lupa la cedok kat blog mana resepi piza ni tapi memang sedap dan mengiurkan hingga tak larat nak jilat pinggan sebab sorang makan sekeping pun dah nak pecah perot. Aku guna Mission Wraps Potato, tengok nipis tapi sebab sampah sarap yang aku letak kemain banyak dan complete tu yang penuh perot tu...

So kat sini aku share resepi tu tapi ada aku gubah2 sikit ikut kesedapan anak tekak...kita buat dia kan... Henset aku rosak so memang tak ada amik gambar step by step. letak gambar yang dah siap je tu pun curi2 amik kat henset shuben. Kos bahan tuk buat ni tak lebih RM50..yang buat mahal tu cheese je,525gram dah RM17 tapi leh guna banyak kali la... bahan yang lain murah jer..kalo nak guna cheese dale pun boleh je..cost less than RM30..tapi nak sedap dan dapat effect keju tarik2 guna la mozarella lagi pun rasanya lebih sedap


Bahan2

- Mission wraps (perisa tak kesah, aku guna Potato)
- isi ayam di potong kecik2
- hotdog (potong serong / nipis2)
- sos spaghetti (guna kimbal / preggo)
- sos cili
- tomato salad dipotong 2
- bawang besar (aku guna Holland dipotong bulat atau potong ikut suka)
- nenas (optional, aku suka piza letak nenas so aku letak la, guna yang dalam tin je)
- lada sulah, lada hitam (salah 1 atau leh je letak dua2)
- mayonis
- capsicum / lada benggala
- mozarella / parmesan cheese
- rencah sedap rasa

Cara2

1- mula goreng ayam, then goreng hotdog dan last skali goreng bawang.goreng satu2 ok...dah siap campur semua bahan2 ni dengan mayonis, lada sulah, lada hitam dan perencah sedap rasa.
2- then panaskan pemanggang ajaib dalam seminit dan letak wraps atas tu. Panaskan kejap wrap tu dan letak sos spaghetti dan sos cili dan sapu rata.
3- letak bahan2 yang di gaul tadi dan susun bahan2 lain seperti nenas, tomato dan lada benggala.
4- taburkan la cheese kat atas tu ikut suka banyak mana..aida suka cheese banyak2..nanti makan macam pizza hut..keju tu tertarik2...dapppp errrrrr
5- dah siap tu tutup selama lebih kurang 5-6minit atau sampai keju tu cair meleleh2...
6- dah leh ngap dah..panas2 sedappppp sangatttttttttttt.....

Kalo nak guna oven lagi senang susun siap2 sume then masuk oven bakar 5-6 minit siap...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...