Shuben 1st time datang teman, sebab selama ni checkup kat KK malas la nk ajak dia..Dah la memang KK tu ramai orang..tambah laki aku ikut sekali menambah jumlah orang..haha..biar la ibu2 mengandung je yg datang. Sebab selalu tengok kalo ade husband teman bukan nak kasi ibu mengandung atau perempuan yg bawa anak duduk..dia duduk selamba je. Hurmmm tak patut betol...Ni check kat Salam pun shuben bising sebab lama..huarghhh...datang pukul 2 tapi dekat pukul 3 lebih baru dapat jumpa doktor..Doktor ade kes so dia masuk lambat.
Sampai je giliran terus aku tanya Doktor macam2 yang duk bersarang kat otak aku ni..especially masa kuar blood spot. Alhamdulillah doktor kata rahim dan kandungan aku ok je. Tak de terbuka ke apa. Dia kata tu biasa mungkin sebab keje berat dan banyak berjalan...Aku inform Doktor aku akan muntah lepas makan Zincofer, so doktor suggest makan Ganilia sebab dia dah ade complete supplement dan penambahan DHA tuk baby.. So shuben kata ok je Doktor, bagi je apa2 yang ok..huhu..aku tengok shuben dengan terpaksanya..demi baby so MAKAN...g pun air ketuban banyak sampai doktor suh kurangkan makanan manis dan berkolestrol takot kene kencing manis...huhu..Kopi dan teh memang sangat2 kene kurangkan. Kene beli buah2an extra tuk buat jus atau minum jela air putih. Dah la favourite aku minum kopi...demi baby ibu sanggup asal baby sihat walafiat dan sempurna hendaknya...
Selain Ganilia yang doktor bagi tu (bukan bagi,beli ya..hihi) aku amik juga Ostematrix tuk tambah kalsium sebab aku memang tak minum susu sangat..Ada beli susu kambing perisa strawberry tapi kadang2 minum kadang2 tak..So tuk elakkan pengurangan kalsium dalam badan aku amik gak penambahan dan Doktor kata teruskan je. Suppliment ni je dah cukup selain makan makanan seimbang. Ni la rupa Ganilia dan Ostematrix yang aku makan tu...kalo korang nak try boleh tapi sila tanya Doktor dulu ya...
Masa scan tu la Doktor inform baby melintang.. melintang jenis "tranverse position"... No wonder la aku sakit kat ari2 sebab dia selalu mengeras kat bawah sampai kadang2 sakit masa aku nak baring atau mengiring. Posisi paling selesa adalah baring telentang,but not advisable sebab takot affect tulang belakang. So far ok lagi la mungkin juga support dari Tilam BIO VELOCITY SLEEP MATE dan sentiasa beralas bantal kat belakang dan perot tu..
credit photo : www.bayi-ibu.com |
1) sujud agak lama atau banyakkan berada pada kedudukan merangkak/bersujud dan baca ayat ni
2) banyyakkan berdoa dan solat hajat supaya Allah membantu kita dan baby
3) berurut supaya betolkan kedudukan baby. Tak ramai pun reti.Biasa doktor akan buat masa nak melahirkan tu..Ni yang aku baca dari google dan tanya kawan2.
4) bercakap dengan baby selalu supaya dia beralih ke kedudukan yang betol
Semoga kita yang alami dugaan yg sama dengan aida dipermudahkan urusan dan baby beralih pada kedudukan yang betol. Ciptaan Allah dan pada Allah jua kita memohon pertolongan-Nya...insyaAllah sampai masa Allah bantu kita kan...sesiapa ada pengalaman bayi songsang share la dengan aida ya...leh share2 ilmu.
No comments:
Post a Comment
Komen Secara Berhemah