Tuesday 16 August 2016

Beraya ke rumah Cik Wana

Dah habis raya dah baru nak cerita pasal raya...hahahah..tak kisah la janji aku nak cerita gak. Kenangan ni beraya ke rumah salah sorang geng GMT. Hurmmmm...Geng Mesyuarat Tingkap. Oleh kerana kami jauh antara 1 sama lain so kita orang buka tingkap kat dalam whatsapp...wakakaka..sebenarnya aku dengan Cik Roza jaraknya hanya 1km je..sebelah2 seksyen pun susah nak jumpa...hehe

Dek kerana aku rasa duduk kat Shah Alam ni macam tak ada life berkawan sangat especially lepas ada anak, so aku decide nak g gak rumah 1 of ahli GMT..Biasala sibuk uruskan anak dan suami is more than anything gitu kekdahnya. Tak menyalahkan anak dan suami pun hidup macam tak berkawan, tapi memang masing2 kalo dah berkeluarga mesti akan lebih pada keluarga kan. Kawan2 penting juga ya cuma kebanyakan tanya khabar kat dalam whatsapp ke fb jela..JAUH DI MATA DEKAT DIHATI...insyaAllah sentiasa doakan sahabat dan kawan2 yang mengenali diri ini.

Sebenarnya memang dari raya tahun lepas nak datang tapi tak larat sebab tengah sarat masing2 (aku dengan wana) so this year must go...macam Pokemon Go plak..pergi pun seminggu lepas raya..Ahad,7/8/2016.. dah masuk Zulkaedah dah pun...Syawal dah sayonara dah, tapi janji jejak dan datang melawat.Kalo tak gini nak tunggu raya tahun depan belom tentu lagi panjang umur..huhu...

Rumah Cik Wana kat Puncak Alam, jauhnya rasa, lagi la dah lama tak jejak kaki ke sini..Macam nak ke KL je pun jaraknya, tapi sebab jalan sunyi dan gelap so rasa macam jauh sesangat. Percaya la, bila balik ko rasa macam...eh kejap dah sampai Bukit Jelutung..hahaha...so sebenarnya dekat jela. Bukan aku sorang je yang pergi rumah dia, dengan Cik Roza sekali aku ajak sebab ni jela ahli yang tinggal dan duduk berdekatan. Lagi sorang ahli Cik Diba duk nun kat Kuantan. kebetulan suaminya kene denggi, alhamdulillah dah pulih seperti sedia kala.

Last kitaorang buat gathering 2 tahun lepas..Masa aku awal2 baru kawen, dorang datang rumah aku..masa tu rumah orang baru kawen so tak la complete. Apa yang ada aku sediakan asal kan perot kenyang suka hati..rindu sangat. Time tu pun diba tak ada. Still hanya kami 3 ahli keluarga je ada. That time Cik Roza pun tak kawen lagi. Cik Wana baru anak sorang, rasa baru beberapa bulan. Tahun ni dah 2 anak, aku pun dah ada Humaira. How time flies...ya Allah kejap sangat masa berlalu. Rindu zaman2 dulu.
Tengok la gambar pun nak hitam putih...ni memang aku white&black kan masa post kat FB, bukan sebab nak poyo2 kembali ke zaman dulu ya. Time aku kurus...dorang je memang kurus dari dulu sampai sekarang especially Cik Wana. Anak dua tetap maintain kurus. I is jeles hokayyyyyy..Sori Ocha, aku blurkan bahagian rambut ko tp ko tetap cute. Sori la gambar ni je ade masa tu...
 Cik Roza, Cik Wana, (Fayyad), Cik Da, (Humaira)

Tengok gambar dah tau kan macam mana huru hara Wana dengan Fayyad. Orang tengah main sibuk je makcik2 ni nak amik gambar..marah la budak tu..kihkih..sori Fayyad..Humaira aku tak tau dia tengok apa kat tangan dia. Dia memang poyo2 cool macam bapak dia lagi2 la dia tengah tengokkan Fayyad menangis...Lepas tu dia marah orang tu nangis...hahaha..Humaira2...time dia nangis dia tak kira plak bingitnya telinga orang lain..Anak Wana yang 1st si Faris tu tengah layan Upin Ipin. Korang jangan ingat anak wana 2 tahun comel tetap sama macam gambar 1st tu...Dah besor godang dah budak tu.. Ni adik dia la ni...2 dah anak Wana..mak dia maintain comel.
Sebab Diba tak ada, so aku tepek gambar lama masa ni 3 hari sebelom kitaorang gathering kat rumah aku 2 tahun lepas. Diba training kat Shah Alam, tapi tak dapat nak stay sampai hari gathering tu.
Semoga ikatan persahabatan kita GMT berkekalan hingga ke akhir hayat kita dan di jauhkan dari fitnah akhir zaman ni. Alhamdulillah, kita orang berempat masih tetap contact each other even dah beranak pinak. Kalo ko buruk kitaorang cakap ko buruk, ko cantik aku cakap ko cantik..tak ada selindung2...tak de nak kecik2 ati antara 1 sama lain. If di tegur tu tanda kami sayang and care each other. May Allah bless our friendship.

Thursday 11 August 2016

Period Affect Breastmilk production

After 499 days since pregnant kan Humaira tak datang Cik P.. Dia datang tanpa perasan tanda-tanda nya..yela almost 17 bulan tak datang. Humaira dah nak masuk 9 bulan finally dia datang.. Selalu pikir lambat lagi kot Cik P nak datang. Sekali datang haduyaiiii...nangis iollsss...affect my breastmilk production.

Sebelom ni sekali pum waktu pagi pukul 10.30 boleh dapat 9-11oz sekarang dapat hanya dalam 4-5oz. Alhamdulillah..still kategori banyak bagi ibu2 lain tapi bagi aida, terasa sangat kekurangannya tu sebab dah biasa banyak. Baru tahu macam mana rasanya bagi ibu2 yang pum dapat 2-3 oz..Paling ketara sebenarnya pada Humaira. Sejak Cik P datang, Humaira menyusu sekerap sejam sekali pada waktu malam. Dia punya kekejangan urat badan & pinggang jangan cakap la, Allah je tahu.

Pagi2 bangun je terasa sangat breast kosong. Nak pum pagi tuk bekalan fresh milk Humaira ke rumah pengasuh pun kadang2 rasa tak berbaloi...marmet pun dapat la 1-2 oz je..kebiasaannya boleh dapat 4-5oz. Dengan Humaira yang tak nak makan, mungkin kurang air susu tu buat dia minum sekerap tu waktu malam. Aida tak boleh nak agak berapa banyak sekali dia minum sebab dia pun siang kat rumah pengasuh ada hari minum banyak..ada hari minum sikit..ikut suka hati dia. But i always think positive. Perubahan bagus maksudnya Humaira memang menyusu banyak dan dapat lebih hindmilk sebab kerap menyusu.

Bila Cik P datang ni baru la tau sendiri yang dia datang buat hormon tak menentu. Terasa sangat letih, penat. 1st & 2nd day heavy sampai rasa nak pitam.Last week memang aida rasa perubahan diri, husband tegur perot buncit lain macam sampai suruh exercise segala bagai..wakakak...Macam biasa, pekakkan telinga, mata tengok tv buat2 tak tahu. Dalam hati je merintih...cisss nak cakap iolls gemuk la tu. Then husband cakap benda biasa2 pun touching dia lain macam, macam kene lempang tiap kali dia tegur sampai nangis dalam toilet senyap2. Kebetulan pula Humaira tengah lasak, 2 3 kali gak dia jatuh katil dan terjatuh sendiri sebab tengah aktif memapah, husband tegur dan buat muka, jeling sikit terus hati luruh macam kene remuk2. Dah kenapa aku ni????rupanya Cik P nak datang.. Ok lepas ni dah tau la kalo cepat sentap tu tanda2 awal la... If korang ada tegur2 tiba2 iollss len gaya jawabnya, jangan marah ya...perubahan hormon katanya...hihihu

Kita nak bagi tips sikit la menyusukan anak waktu Cik P datang.

  • jangan stress
  • sentiasa banyakkan minum air suam
  • terpaling terasa bila hormon tak stabil ialah kita akan cepat marah, ceriakan diri so that kita tak lepas kan pada anak yang tak tahu apa2 tu
  • buat xtvt yang boleh buat kita tak pikir pasal susu kurang sebab period datang..syuhhh3..jahat ko ni ya..habis hormon prolaktin aku tau
  • 4-7 hari je..lepas tu insyaAllah susu akan kembali seperti biasa
Bagus juga period datang sebab kita boleh tahu waktu subur bila. Boleh la tentukan jarak next pregnancy dengan amik extra protection gitu.. Iolls kene tunggu 2 tahun uollss..nanti terbuka jahitan mak sapa nak menjawab??? Lagi pun Humaira tengah manja yang amat. Tak puas nanti nak gomol dia kalo dah ada adik. It's not easy to handle 2 baby in the same time. Salute toing toing kat mak2 yang boleh beranak tiap2 tahun then ramai....

Kita belanja gambar Humaira seketul yang gedix...semoga ceria hari unties and uncle semua ya...kuang kuang kuang...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...