Wednesday 30 September 2015

31 week of pregnancy - Braxton's Hicks

Alhamdulillah sok dah masuk 31 minggu and Isnin lepas check dekat SALAM baby semua ok dah nampak muka dan jantina. Yang penting sihat dan sempurna sifatnya alhamdulillah syukur dah tak terhingga. Tak kesah lelaki atau perempuan pun janji sihat. Nak jaga amanah Allah ni bukan senang. Bukan macam bela kucing...aku rasa jaga kucing pn susah juga sebab tak paham bahasa dorang..hahaha

Sejak dari minggu ke 29 actually aku dah start rasa perut menegang macam nak meletup, sakit belakang kalo tertido dalam posisi telentang. Yela kadang2 tido mana la sedar posisi apa kita buat...mimpi kuak lentang so telentang la kita, baby sangat aktif sejak 2 3 minggu ni luar biasa...bagus la tu sebenarnya. Precious moment bila dapat rasa semua tu..syukur alhamdulillah dapat rasa semua ni..

Even kadang sakit dan tekejut tapi senyum jela..hehehe...Ni ade jumpa few articles and picture pasal cara nak hilangkan rasa sakit..posture badan yang betol ketika berdiri, duduk dan tido... Sangat2 membantu...tq pada yang share..sebab amik gambar kat google tak tengok pun source dari blog mana...harap halalkan la ya kita amik gambar ni...kita doakan kamu murah rezeki sebab share...pada ibu2 yang kat luar sana boleh la ikut advise dalam gambar ni


Bab tido je aida tak boleh nak ngiring ke kiri sangat sebab baby akan tendang2 maybe dia terhimpit kot...sabor jela dengan ko nak..so aida prefer tido tinggikan bantal dan buat smpai aida menyandar..Cam ni ok sikit. Tapi kalo dah tido mana la nak sedar kadang tiba2 je tersedar dah sakit pinggang, alignment bantal dah lari ke kiri ke kanan..hahaha...this is not funny ok mummy...time tu nak mengeliat boleh sebabkan simpul biawak...perghhh sakitnya Allah je yang tau...time ni la kejut shuben suh betolkan & urut2 kaki supaya hilang rasa kebas tu...

Ade few sebab kenapa perot menegang atau bahasa omputihnya Braxton Hicks..ni sebab orang yang jumpa kaedah ni nama dia Braxton..tq la ya Braxton...

1) Baby bergerak aktif
2) Ibu aktif
3) Bersenam atau membawa barang berat
4) Perut penuh, baru lepas makan
5) Mengurut perot
6) Semasa atau selepas hubungan seks
7) Dehidrasi

Yup...aida ade rasa perut menegang kalo time2 yg disebutkan di atas..so mummy2 dinasihatkan supaya:
1) tukar posisi atau aktiviti
2) berehat lebih
3) minum air secukupnya
4) buang air kecil dengan kerap...aku rasa macam buang air tiap 5 minit sbb minum air banyak sgt
5) tarik nafas dalam2 dan lepaskan
6) usap2 perot perlahan2 dan selawat banyak2 cakap dengan baby yang manja kat dalam perot tu...alolo...comelnya la hai...

Orang kata Braxton Hicks ni adalah permulaan rasa contraction. So sapa yang alami rasa BH ni leh la practice2 rasa macam mana contraction tu...tapi jangan salah plak ingat menegang je dah nak bersalin..Ni sebagai persediaan je..mudah2an urusan kita dipermudahkan...banyak2 selawat..dan lagi 1 kawan aida advise kalo menegang boleh guna cara bernafas dan hembus dari mulut. Tarik nafas pendek dan cepat pastu hembus kat mulut...Ni tak pernah try lagi la sebab so far urut2 je baby dah ok..nanti dia tendang baik la..heheh

Monday 28 September 2015

5 minuman untuk wanita selepas bersalin

1. Kunyit Bantu Kecutkan Rahim
Bahan-bahan:
2 ketul kunyit
½ ketul halia
2 batang serai
½ ketul lengkuas
½ ketul temukunci
Sedikit garam
Air satu liter
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini sehingga hancur.
2. Masak dengan air selama 40 minit hingga 1 jam.
3. Minum segelas kecil sehari.
Khasiat:
Sesuai diamalkan untuk ibu selepas melahirkan anak kerana ia membantu mengecutakan rahim di samping membanyakkan susu.
2. Halia Buang Angin Dalam Badan
Bahan-bahan:
2 ketul halia} dihiris nipis atau diketuk
2 uncang teh
Gula perang secukup rasa
Air
Cara membuat:
1. Rendam teh dalam satu jag air panas sehingga kembang.
2. Masukkan halia diikuti dengan gula perang. Kacau sehingga sebati.
3. Boleh diminum dua gelas kecil sehari.
Khasiat:
Membuang angin dalam badan, membantu menghilangkan stres dan membuatkan anda lebih relaks.
3. Kurma Bekalkan Tenaga
Bahan-bahan:
5 biji kurma
1 gelas susu segar
1 sudu madu
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini sehingga kurma hancur.
2. Minum sehari sekali, sangat elok diamalkan ketika perut kosong.
Khasiat:
Membuatkan badan cergas dan menaikkan seri wajah. Ia juga membanyakkan susu di samping melembapkan kulit.
 
4. Delima Bantu Kurangkan Kolestrol
Bahan-bahan:
½ sudu teh jus delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam
Cara membuat:
1. Kacau semua bahan ini sehingga sebati. Minum sekali sehari.
Khasiat:
Delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Ia juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.
5. Gabungan Herba Pulihkan Bahagian Intim
Bahan-bahan:
1 ulas bawang putih} ditumbuk
7 biji ada hitam}
1 inci halia} ditumbuk
2 inci ibu kunyit}
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung
Cara membuat:
1. Pecahkan telur di dalam cawan.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
3. Kemudian, masukkan madu. Kacau sehingga sebati.
4. Minum segelas sehari selama tiga hari berturut-turut terutama untuk ibu selepas melahirkan cahaya mata.
Khasiat:
Memanaskan badan, memberi tenaga dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.

Thursday 10 September 2015

Majlis sanding Afiq & Jieha, Shah Alam

Assalamualaikum semua...

So rini sambung citer pasal Afiq & Jieha. Majlis sambut menantu di Shah Alam plak pada Sabtu lepas 5/9/2015...Majlis dekat dengan rumah sendiri so senang la aku ulang alik. Mak Non plak dah sediakan homestay tuk family Hj Basar kat area Seksyen 3 so dekat la nak ulang alik dari homestay ke rumah..jalan kaki pun boleh. tapi malam tak disarankan la jalan kaki tuk gigirl...bahaya ok...lalu semak samun n sebelah rumah orang..mak & along pun duk homestay je sebab dekat.

Hari Jumaat tu aku cuti sebab kene minum air gula, petang plak aku kene hantar kete lakik aku g service. Ingat kejap je sekali lama la plak..regular service je tapi time service macam2 nak kene tukar.nasib memang bawa extra cash kalo tak nganga kat situ nak membayar pakai apa..huhu...janji kereta ok..Mujur la lakik aku bukan jenis yang suka modified kereta so senang la nak jaga...memang beli terus full spec dan maintain gitu jer..sebab dia hanya akan lebihkan basikal dia dari segala bende lain.Mujurla...dia cycling at least dia sihat..Hati bini dia pun tenteram sebab leh track dia cycling g mana sebab pakai GPS..aku tak minta pun tapi dia yang siap2 bagi link track dia. Yela risau pape jadi masa cycling so aku leh tau dia kat mana..

Siap service aku terus g rumah mak Non sebab nak tolong rewang apa yang patut. Masa ni khemah tengah pasang, jalan pun dah ditutup. Rini tak ada buat apa sangat..aku datang rumah mak Non makan je sebab tengok lauk udang sambal, sambal goreng mak bawa dari kampung sesangat menyelerakan... sebelom maghrib balik, lepas tu g balik siap bawa laki tuk makan malam..Hihi tak senonoh kan perangai..tapi memang berlambak makanan..aku sempat tapaukan shuben Mee Kari import dari JB gitu. Sedap mak Jah masak..malam g lagi..memang mengundang betol aku makan. Mengundang lemak orang kata...hahah

Pagi sabtu tu aku dah ke rumah mak Non dah sebab nak tolong potong buah-buahan tuk majlis tghari tu.. Siap kemas rumah n shuben kuar cycling terus je g rumah Mak Non..sarapan dan terus buat kerja..banyak wo buah nak kene potong. Last2 pukul 10.30 kelam kabut balik bersiap sebab nak g solekkan pengantin dengan Mak Ti. Tapi tinggal sikit je lagi nak kene potong, so siapa yang tinggal teruskan memotong.
 Mak Ude amikkan gambar...hihi budak2 sekarang..memang kemain kan..tapi tak pela..ade gak kenangan. Dah la sekali sekala je nak turun KL..ni pun tak sempat nak bawa dorang jenjalan lepas habis majlis sebab masing2 kepenatan. Aku2 sekali kepenatan dan sakit pinggang.

Aku dengan Mak Ti bergegas balik rumah aku bersiap dan suh shuben hantar ke rumah pengantin kat Sek 7 konon2 nak solekkan sekali dorang dah siap dah. Tinggal Afiq je tak siap lagi so mak Ti terus pakaikan samping pe sume n solekkan sikit2. Jieha patut aku yang nak kene solekkan tapi dia dah siap, aku just touch up2 mana yang kurang je. Dia pn nak make up simple2 je..nak nampak natural katanya...
 Ayu sopan je Jieha ni..untung Afiq...welcome to Basar Family Jieha....

Makanan aku memang tak sempat amik tapi ade bermacam2 jenis menu sampai tak terlarat nak makan. Lepas dari siap solekkan Afiq & Jieha terus gegas ke rumah Mak Non tengok tetamu dah ramai, ktorang pun cepat2 la g menjamu selera sebab ade tugas masing2 nanti nak kene buat. Mak Yong tak yah wat apa sebenarnya tapi aku tak sedap la tak buat keje n tak tolong..so mana mampu aku bantu. 
Antara menu yang aku sempat jamah, satay, rojak buah2an yang ktorang potong pagi tadi..pastu ada cendol, ada soto ( ni aku rasa mak punya je sikit), makanan yang aku tak sempat makan, nasi minyak macam2 lauk pauk. Ada gak buah2an lagi, tu belom campur dessert ice-cream ade plak menu vegetarian, tapi orang tak vegetarian pun makan.. memang tak sempat amik gambar pun sebagai kenangan. Alhamdulillah semua habis cuma ada tinggal sikit2 tuk tuan rumah n sedara mara. Mana yang habis tu memang tak dapat diselamatkan la..tak la membazir orang kata.

Ni antara gambar sempat aku rakam. 

Aku agak stress minta tolong orang amikkan gambar tapi blur..sebab tangan dia pegang kamera so berminyak ke apa tu yang blur jer..kebiasaan memang cam tu kan..kita amik gambr dorang kemain cantik2 n clear...xpela janji ade sikit2 kenangan ni..

Cousin2 aku memang gile2 n havoc, ni pun ade suku je..yang lain sibuk dengan anak, ade tak dapat datang, ada yang ntah kemana2 ntah...tapi syukur la kami dapat kumpul borak2, gelak2...
 Ni jela ade gambar aku full pada hari tu, tu pun kalo tak amik gambar dengan ex KP aku Puan Nazura ni,comfirm tak de la gambar mak Yong gemuk ni...hahah.. disebabkan makcik pakcik aku lecturer Business School makanya kitaorang 1 faculty so confirm2 la lecturer2 aku dulu ramai yang datang. Tapi tak sempat jumpa semua pun especially PM Alwi, En Ahmanol dan ramai lagi.

Lepas habis majlis malam tu ade sesi buka hadiah plak. Time ni jela ktorang baru nak amik gambar ramai2..tapi masing2 dh tukar baju dah...serabai muka penat n keletihan..aku sempat la balik rumah mandi...shuben pakai track suit dgn t-shirt jer...asal boleh..

 Atuk Basar kene buli dengan cucu2nya...sporting tak Atuk kami???hahah...Ayie memang suka sakat Atuk Basar... atuk layankan aje la cucu2nya...hehehe

Anak2 buah aku sempat balik mandi dengan Walid dia...masa kitaorang nak balik dorang baru sampai dah siap2 berbaju sedondon..sampai2 je "eh kata nak amik gambar dengan pengantin.." dah masuk balik amik gambar mereka sampai puas hati...heheheh...muka keletihan tapi tetap nak bergambar..alahai rindu kat dorang...
 Muka shuben kalo di minta bergambar -_-  Redha jela..

Monday 7 September 2015

Solemnization Afiq&Jieha @ Batu Pahat, Johor

Ya Allah..mood nak menaip ke laut Antartika sana...jauh lari ko mood oi...cer balik sini tolong aku bagi idea nak menaip ni...huhu..badan lemau betol sejak 2 3 menjak ni..ni semua akibat berat badan naik mendadak... bulan ni naik 3.3kg..tak ke giler tu..habis kene marah nurse..terus esok kene MGTT atau lebih senang panggil minum air gula..esok tu refering jumaat lepas 4/9/2015. Saja je aku nk share date sebab nanti aku leh ingat balik bila aku g check up sume. hihihi...

Sebelom mood lebih ke laut dalam lagi moh ler kita throwback wedding cousin aku kat Batu Pahat. Ni majlis nikah dan sanding sebelah perempuan. Jodoh Afiq dapat orang BP makanya kami senang la nak berulang alik sebab dah ada rumah nk duduk..iaitu homestay Mak Siti (mak aku ler) dan Mak Ucu/Atuk Basar. Kihkih...

Mak Non ade buat kenduri Jumaat malam 28/8/2015, iaitu minggu kemerdekaan. Tapi aku dan shuben tak dapat nak balik awal, tak cuti. Berangan nak balik lepas balik kerja tapi aku keletihan,shuben pun risau jalan jem so makanya tukar plan balik sabtu pagi lepas pkul 5 pagi terus ke rumah Jieha. Sampai BP pukul 8 pagi..kira ngam2 la sampai sebab nikah pukul 9 pagi. 

masa ni berkumpul kat luar surau tunggu semua ahli keluarga kedua2 belah pihak sampai...Tok Kadi dah kat dalam dah duk tanya mana pengantinnya ni...saja je Tok Kadi tu buat muka garang nak takotkan pengantin...

kebetulan Tok Kadi ni yang pernah masuk Youtube dulu sebab dia kelakar banget.. siap cakap jawa, Afiq sempat buat research pasal Tok Kadi ni..tak silap orang panggil dia Imam Subuh.. siap ade soalan teka teki...Afiq dapat jawab lagi..soalan dia lebih kurang je kat dalam Youtube tu...memang kelakar...aku sampai sakit perot gelak Tok Kadi ni bila dia duk menyakat Afiq...Afiq plak jenis selamba je menjawab soalan2 Tok Kadi dengan tenang & enjoy...

Alhamdulillah Afiq selamat dinikahkan oleh bapa Jieha sendiri dengan sekali lafaz je..sebelom tu Tok Kadi dah suh Afiq praktice 3kali..tu yang bila betol dinikahkan sekali lafaz jer...laki aku je dulu 2x..tak apa la janji sah...dah nak bersalin dah pun sekarang kan...hihi..
 Sebahagian family Hj Basar yang dapat melapangkan diri tuk hadir masa Afiq nikah...ramai tapi tak semuanya dalam gambar especially akak n mak sebab dorang dah kelaparan...g amik makanan dulu siap2..
 The Dulang Man....segak berjubah masing...pandai plak susun tinggi rendah...xperasan pun time nak amik gambar ni..heheh

Ni ada sedikit gambar masa bersanding... lepas habis majlis nikah dalam pkl 10 macam tu kami terus stay kat surau, makan n berehat kejap sampai masa sanding. Dorang sanding awal dalam pukul 11.30. Senang kerja dan tak renyah nak kene ulang alik. Majlis yang simple tapi meriah alhamdulillah...Mak Bapak Jieha cakap pagi memang khas jamuan family sebelah lelaki dan saudara mara rapat belah perempuan, so tak la ramai sangat. Tak ramai pun tapi ramai gak sampai tak cukup kerusi meja sebab family kita orang ramai yang datang...hahaha...terlebih budget la plak kan...so makan bergilir-gilir...tapi janji semua kenyang...balik dah leh tido jer...
Kak Ida ucapkan selamat melayari alam rumah tangga tuk Afiq dan Jieha. Semoga kekal hingga ke Syurga Allah dan lahirkan anak2 cerdik pandai dan soleh..insyaAllah..

Tuesday 1 September 2015

Makan-makan kat Minyak Beku, Batu Pahat

Assalamualaikum engkorang....semoga sihat2 selalu hendaknya...Aida mmg terlebih sihat dan mengalami perkembangan yang maju gitu..maju ke depan dan belakang...hihi... Ni citer Merdeka Holiday ritu..cuti 3hari digunakan sebaik mungkin. Cerita Sabtu tak update lagi kita skip g hari Ahad dulu....Sabtu banyak sangat gambar nak kene edit..citer hari Ahad tak banyak gambar dan semua gambar tak yah edit dah cantik.trima kasih kat henset ku yang dah 2 kali pecah tu..dh baiki tetap berguna sgt sebab tu aku syg nak tukar enset....huhu poyo tak ayat?? aku kira2 duit baiki je dah boleh beli lagi 1 Note3 baru..huhu

Ok la..back to subject...sebenarnya dari sebelom balik kampung aku dah cakap kat shuben nak g makan pisang goreng kat minyak beku ni. Macam biasa dia akan kata OK tapi sebab dia g JB so aku ajak akak n mak aku dengan jiran aku sekali merangkap atuk sedara aku. Tunggu shuben memang kempunan la aku...huhuhu

Belom g lagi dah teringat2 kesedapan sambal kicap goreng pisang dia..kat KL tak dapat dik non oiii...Orang Johor je reti makan goreng pisang dengan sambal kicap..nyummyyyyy....kali ni aku tak amik gambar makanan..tak sempat amik dah habis...Menu istimewa dan terpaling famous kat sini mee goreng basah, kuew tiaw basah, mee bandung (slurrrppppp aku makan ritu), bihun sup ( tersalah order last2 mak yang makan, mak kata sedap), bakso, nasi2 goreng dia pun sedap...ada ABC, ada oren botol (atau aku panggil oren bodoh).. jangan risau makan tak jadi bodoh...kihkihkih...banyak lagi menu2 lain korang leh pilih. InsyaAllah sedap...

Sesiapa singgah Minyak Beku leh la pergi kedai yang belah kanan tu, kedai warna hijau yang mana kedai ni selalu penuh. Kedai ni betol2 kat bahagian tepi nak ke toilet...yang kanan sekali tu bukan ya...yg tu gerai kosong.







 Seronok kan tengok anak2 buah aku ni lari dan main sana sini...macam dunia ni dorang yang punya...tak pikir apa2. Senang hidup...dulu kita kecik2 pun macam tu juga kan. Tak terpikir nanti dah besar nak kene cari duit sara hidup, tak terpikir pasal kawen, tak terpikir masalah politik ke masalah diri ke apa...tau main, lapo makan, sekolah dan family je. Nak ada anak ni lagi la aku rasa sebak betapa susah sebenarnya mak ayah cari duit nak sara anak.. mudah2an aku dengan shuben dapat jadi mak bapak yang baik InsyaAllah.

 Kak Long, Syameena dan mak... Pose Meena memang sama je kalo kita suh dia pose..hehehe

Tengok la perkembangan sihat aku... aku tengok pun ngeri...padahal naik baru 5kg je dari sebelom pregnant tapi tembamnya ya Allah...shuben la pengkritik tetap aku. Ade sama kan gemuk Dude dengan aku.kejam tau...Dude gemuk comel la bulu2, aku gemuk pun comel gak..wakakak..puji diri sendiri sambil menyedapkan hati.. Macam2 alat senam dh ada kat rumah, lepas bersalin tak kurus gak memang aku bakar je semua tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...