Monday 25 April 2016

5 bulan dah

Alhamdulillah syukur sangat bila pejam celik pejam celik...eh dah masuk 5 bulan Humaira. It is amazing moment when see she growing up day by day. Eh kejapnya 5 bulan...rasa macam baru semalam Dr Siti belah perot kuarkan dak gendut ni...macam baru je habis pantang, eh macam cepat jela rasa..macam tak puas nak tengok dia hari2...

Teringat masa baru2 habis pantang dan baru jejakkan kaki rumah Shah Alam.ni 1st time Humaira masuk rumah..Allah je tau macam mana kami rasa bila Humaira hanky panky and crying loudly in the night. Macam,, eh abang, sayang rasa sorang cukup kot..hihihi...Masa kejadian ni tak lama pun 3hari je pun yang dia mengamuk sakan tak tido malam..1st week betol2 baru habis pantang... rasa macam aku ni ibu paling worst sebab tak pandai tenteramkan anak yang nangis macam kene pukul kuat2...Bang serius ni anak sorang.. Ni la anak emas kita je ya bang...Tapi bila Humaira dah 5 bulan ni.."eh abang..dah boleh plan kot 2nd child" ketuk kepala nak??wakakak...giler ko..sayang wei perot aku baru je kene belah 5 bulan lepas.strechmark pun tak hilang lagi ni hah...huhu...

Dah jadi gitu aku duk la message kengkawan tanya how to handle baby like this. Macam2 jawapan yang sebenarnya lagi dasyat dari Humaira.Aku duk baca blog2, buat research and reading tentang nak handle baby ni. Then aku terus rasa, ya Allah bersyukur sangat dapat baby ragam nya tak lama pun.Ada anak kawan yang lain tu tiap2 malam nangis and ada yang baby terbangun tengah malam ajak main sampai pagi...Banyak la sebabnya tu Humaira cranky but then akhirnya dia ok jerrrrrrrrr..Nangis, dah penat dia tido la..kihkih...bad mother...kat kampung masa pantang mak ada..so apa2 sikit2 mak..sikit2 mak..dah duk rumah sendiri sume aku..shuben???"yang, macam mana ni nak handle Humaira??yang tengokkan Humaira" yang tak tahan dia cakap " Eh Humaira, cuba la berhenti nangis, penat je nangis!!!" dengan harapan budak kecik tu paham...heheheh...sabor la bang oiiii...

Now, she is really nice, cute and easy handling girl.behave banget after 3 month tempoh tak bertenang dia.. Aku dah setkan pukul 9-10 tu memang dah waktu tido dia..so ko main la dengan dia dari balik keje sampai waktu tu..bila dia dah tido..dah senang idup aku n laki aku nk wat apa pun.. But usually dengan ibu2 dia skali hanyut..kihkih...Kadang aku saja tahan dia tak kasi tido sebab tak puas main..tapi kalo dah ko agah2 yang kuar nyanyian nyaring..memang tak ada maknanya ko nak ajak dia main..Paling lambat pun pkl 12 dia tido..tu kalo dia meragam sikit2 atau tiba2 dia buat penkek memalam.Once dia dah tido dia tido sampai pagi..alhamdulillah..no panda eyes for Ibu...ibu can have good sleep at night...AS USUAL :)
Dengan rupa gini aku baru tau rasa jadi mak pak yang tiap saat kancing gigi tengok anak sendiri. Kancing gigi lagi bila pengasuh dia hari2 duk update gambar anak ko tengah wat pe...rajin kan pengasuh aku duk update..tu tanda dia jaga anak aku betol2 ke tak betol sebenarnya?? sebab sempat lagi tu amik gambar Humaira posing2...hahah bersangka baik ya...janji Humaira baik2 dan happy duduk rumah pengasuh dia...alhamdulillah memang pengasuh Humaira baik...hari2 aku doa dia jaga Humaira macam anak sendiri...memang agak ramai dia jaga...tapi so far aku tengok dia boleh handle la...g pun pengasuh Humaira muda lagi..baru 33 tahun..so cergas sikit..anak2 dia semua perempuan dan comel2 belaka..boleh berkawan dengan baby2 yang akak ni jaga...
gambar Humaira ni semua ehsan pengasuh dia la ni..kalo dengan aku is moment only between me and her je...tak de sempat nak amik phone snap picture dia tengah senyum ke gelak...i need that moment only between me n husband & humaira...POYOOOOO tak???...hahaha...

Happy 5month old sayang ibu ayah Humaira debab...
Mwahhhh :-*

Thursday 14 April 2016

Pumping Journey 2 - Terpaksa Buang Susu masa berpantang

Benda paling sedih bila terpaksa buang susu yang dah simpan dari masa pantang tu...kira hampir 2000+ oz sebab aida tak ada ilmu pasal pengendalian breast pum, tak ada ilmu penyimpanan susu ibu, tak ada ilmu pasal cara kendalikan susu ibu dan rasa susu ibu.

Terus kosong peti ais mak kat kampung dan peti ais aida kat Shah Alam, sebab aida try defrost susu masa pantang, bau dan rasa dia pelik yang amat dan memang tak elok. Rasa masam bau pun tak sedap. Check balik kesalahan start dari mana.

1- Pengendalian pum susu - aida guna Lacte Duet
Aida memang basuh pum susu setiap kali habis mengepam masa awal2 dulu..sebabnya tak de ilmu dan tak tahu sebenarnya
 * pum boleh di guna semula even kita dah guna asalkan di simpan di dalam peti ais dan mesti tak lebih 24 jam
 * basuh pam kemudian sterilize / rendam dengan air panas untuk matikan kuman - aida buat ni tapi hanya waktu pagi sekali je....so yang duk pam basuh pam basuh tu memang tak de la nak rendam air panas tiap kali tu

oleh kerana aida basuh pum selepas setiap kali lepas mengepam jadi pam tak sempat kering dan aida tak lap  keringkan pun  peralatan pum tuk next session, jadi susu dah bercampur air pair (kemungkinan nya) jadi ni antara penyebab susu yg aida simpan tu rasa masam dan berbau pun masam. Dah terdedah dengan bakteria.

Awal2 pum aida tak explore pum lacte tu..ada bahagian2 kecik yang aida tak cuci bersih..lepas dah nak habis pantang baru perasan yang valve tu ade kerak2 susu yang masih lekat. Jadi tuk elakkan Humaira minum susu yang dah tercemar jadi aida decide tuk buang semua susu yang aida pum dalam masa pantang & sebelom aida kesan ade kerak susu kat pam tu.Ni memang nak kene korek biji mata dan sebat sekali..pelepiaq....hahahha

Masa ni tawakal je. Lagi seminggu nak naik keje dan nak kene simpan stock tuk bekalan ke Babysitter (BS).Husband la the person yang bagi sokongan moral dan kata semangat. Dari anak sakit perot jadi amik la precaution awal. Iollls terharu...

2-Pengendalian susu ibu
Aida tahu susu ibu tak boleh berada kat luar terlalu lama tapi kadang2 lepas mengepam / tengah2 pam tertido -_- huhu...yela kene bangun setiap sejam nak susukan Humaira dan pum tuk elakkan bengkak susu. Ade tu almost more than 2hours baru g simpan dalam peti ais..Bakteria dah merebak dalam susu agaknya..
Susu ibu very very fragile....even susu fresh leh simpan 4jam kat suhu bilik tapi tengok keadaan dan cuaca gak kan..Masa aida berpantang memang sangat panas..huhu

3-Tak tahu rasa sebenar susu ibu
Ni memang nak kene lempang pelepiaq sekali kat diri sendiri...Sebab geli nak rasa susu sendiri..wakakka
Rupanya sedap manis..Ada ke dulu ingat susu tu ikut apa ibu makan. Makan Sambal rasa sambal, makan aiskrim rasa aiskrim, makan pelam rasa pelam..korang rasa????Nak buat apa ni pikiran macam ni...Sekali rasa creamy wei..no wonder baby suka...Amazing kan Allah jadikan breast kita leh kuarkan minuman yang sangat lazat... slurrpppppppppp

Sebabkan ni la aida rasa susu masam sikit je semua aku kata dah rosak.. Lepas gali2 ilmu n tanya LC rupanya memang rasa susu ibu akan jadi lain bila dah di bekukan. Macam ikan udang sume la...dah beku so tak fresh n rasa mesti la akan lain..kalo baru naik mestila manis n sedap.

4-Tak ada ilmu
Ni la rangkuman semua masalah aida terpaksa buang susu tu...TAK ADA ILMU...pape pun sebenarnya kene belajar, kene tau apa kita patut tahu. Ilmu tu meluas dan tak terhad.. Ilmu penyusuan ni tak ada belajar masa kat sekolah eh...kalo korang tanya aku sepuk kang.. Ni inisiatif sendiri nak belajar sebab apa2 pun buat untuk anak....Ko taip jela kat FB tu berlambak orang share pengalaman dorang dalam menjayakan penyusuan eksklusif ni.

Dulu tak ada FB tak ada IG tak ade medium yang meluas nak belajar tentang penyusuan ni.. So sebab tu la ade bancian mengatakan hanya 20% je penyusuan penuh 2 tahun. Alasan sebab bekerja..Rumah pengasuh jauh dan anak tak boleh isap botol segala bagai la alasan. Dulu pun mak2 ramai tak kerja so leh la direct je kat anak tu. So yang bekerja tak tahu leh simpan n gunakan susu tu tuk gunakan kat rumah BS.. Eh tak yah dulu la ...Sekarang pun ada gak yang tak tahu susu tu leh perah n simpan dalam peti ais...Ni memang nak kene sebat..pelepiaq skali mommy ni...

Aida dapat tahu yang ilmu penyusuan eksklusif ni tak meluas sebab pengalaman sendiri kene. Ade la orang datang "jagongan" Humaira siap cakap nanti anak 7 8 bulan dah tak ada susu..kene ajar anak minum FM gak..Aduyaiii...iollss diam je..sebab tau dia tak terdedah dan tak ada ilmu. Aida explain gak macam mana, tapi biasala dorang tetap akan menegakkan pendirian dorang sebab dorang dah ada anak 4 5..Nanti kita educate pelan2 ya...Time ni dah la dalam pantang iolls time tu susu tengah tak berapa nak ada...dah mendatangkan stress dah kat situ..tapi tengok je post2 dari LC n kawan2 yang berusaha nak jayakan Eksklusif BF terus semangat balik...Mak aida pun pada mulanya susah gak nak paham.. Tapi duk cakap and explain lama2 dia paham dan sokong aida nak susukan anak secara eksklusif ni.. touchingg iolss dengan mak..

So apa2 tak tahu  TANYA...sebab tu la ade pepatah. Malu bertanya sesat jalan...Hah aida ni dah sesat jalan la..nasib la jumpa jalan lurus balik...apa2 tak paham taip je,..banyak je perkongsian dari experience mommy kat FB, ig, blog...eh banyak la medium lagi..Doktor n nurse pun ade leh tanya hokayyyyy...

Selamat menyusukan anak penuh selama 2tahun+ uollllsss....insyaAllah...

Tuesday 12 April 2016

Pumping Journey 1

Breastfeed journey aida mula lambat. Awal2 keluar je nurse dah sumbat susu formula kat baby sebab aida masih tak boleh bangun tuk susukan baby lepas operate tu..Masa tu pun tak ada ilmu tentang BF ni, so aida tak de kisah sangat Humaira minum susu formula. Tapi bila dengan aida memang aida BF dia sedaya upaya sebab nak kasi kolostrum tu. Masa aida nak discharge and terus balik Batu Pahat pun nurse siap bekalkan susu yang dah siap2 dalam botol kaca and instant puting tuk bekalan dalam perjalanan for 4hours. Tapi aida tak guna pun sebab cam pelik je susu tu..dah la colour coklat2. Cian anak ibu kene minum susu formula ya sayang...

Kat kampung malam aida sampai tu breast aida bengkak then susu tak kuar sangat. Dah tak tahu pun macam mana. Humaira start pukul 12 lebih dia menangis meraung yang amat..tukar pampers dah, sapu minyak yuyi dah, maybe dia nyer pusat sakit. but then nak tak nak terpaksa gak buat susu formula yang SALAM bekalkan kat Humaira baru la dia diam. 1 malam kitaorang tak tido..huarghhh...

Esoknya aida sumbat gak susu kat dia tuk stimulate production. Alhamdulillah makin ok tapi menahan jela sebab melecet dah..huarghhhh...about a month gak la aida menahan sakit luka tu. Tapi puas hati sebab Humaira kekenyangan. Orang kata czer tak leh berurut tapi ade Atuk sedara aida yang pandai urut orang czer. hari ke4-8 aida berurut memang mencurah2 susu kuar. Alhamdulillah, bila pum tu ade la gak kuar even sikit2. Kuar 1oz je tuk semggu tu..bila nak kasi Humaira aida campur2kan. Masa ni tak terpikir terlalu awal ajar Humaira berbotol, tapi aida syukur sangat Humaira tak jadi "nipple confuse" dia still leh direct BF and siangnya nyusu pakai botol. tapi botol tu kadang2 je.

Aida start pum masa hari ke 3 sebab breast dah start bengkak,Humaira plak jarang nak nyusu. Sebab dia kene jaundice sikit so tu dia tido jer.. Nurse marah suh nyusukan setiap jam. Bila Humaira tak bangun tu aida start pum. Mungkin juga dah start stimulate demand tinggi masa dalam pantang, alhamdulillah aida dapat kumpul susu banyak sangat. Syukur tak terhingga memang oversupply dah pun susu ni.

Yang gambar atas tu peti ais mak kat kampung, peti ais bawah tu stock kat rumah Shah Alam yang shuben dah bawa balik tuk 1st batch. Siap kene tinggal lagi stock kat kampung tu sebab peti kat rumah kecik so tak leh simpan banyak2 pun.

Masa dalam pantang aida memang tak ada ilmu sangat pun pasal pumping susu ni apa..yang aida tau tek bengkak so kene pam bagi dia kosong & tak sakit. Experience 3 hari demam sebab bengkak susu memang buat aida tak berani bagi breast bengkak...almost every 2hrs aida kene pum...Even Humaira menyusu pun still tak kosong. Kat kampung plak line Celcom sangat la macam siput yang tido tak bangun2 dah, so nak cari ilmu pasal penyusuan ni memang tak boleh.

Ada kawan komen pum lagi seminggu nak naik keje...memang cadangnya gitu, tapi bila dah bengkak tak ada solution lain selain pum bagi kosong, baru lega. Mujur juga dah siap sediakan pum sebelom bersalin. Tawakal je minta husband belikan jenama Lacte Duet tak try tak apa.. Alhamdulillah sampai sekarang guna memang serasi dan sesuai sangat. Nanti aida share pasal experience guna lacte duet tu ya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...