Monday 17 October 2016

Penyusuan Semasa Hamil

Tahukah ibu sebenarnya penyusuan masih boleh diteruskan walaupun ibu sedang hamil lebih2 lagi jika bayi pertama masih kecil dan amat memerlukan belaian, sokongan emosi, stimulasi otak dan kasih sayang ibu, yang boleh di dapati dari penyusuan susu ibu sendiri.

Ibu masih boleh menyusu seperti biasa jika TIADA komplikasi berlaku atau jika ibu TIADA sejarah komplikasi semasa kehamilan sebelum ini seperti; keguguran, pendarahan semasa hamil, kelahiran bayi pramatang atau hamil kembar.

Menyusukan bayi semasa mengandung juga tidak menghalang bayi dalam kandungan dari mendapat zat nutrisi yang diperlukan. Perubahan dalam badan ibu adalah ciptaan Allah yang sangat luarbiasa. Susu ibu akan dihasilkan mengikut priority. Jangan risau, kerana kolostrum akan tetap juga terhasil untuk bayi yang bakal lahir nanti.

Kadangkala perubahan hormon ibu bermula trimester kedua menyebabkan rasa susu ibu berubah dan tambahan juga disebabkan psikologi anak, dengan sendirinya anak itu akan berhenti menyusu.

Persediaan untuk ibu hamil jika ingin terus menyusukan semasa hamil adalah:
1. Dapatkan rehat yang cukup dan amalkan pemakanan sihat dan air yang secukupnya untuk memastikan badan kekal bertenaga sepanjang kehamilan.
2. Kadang-kadang disebabkan perubahan hormon dalam badan, susu ibu akan mula berkurang. Ini juga adalah normal terutama jika usia kehamilan mula meningkat. 
3. Payudara ibu akan mula berasa sensitif terutama di bahagian puting susu. 
4. Pastikan ibu sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dan monitor keadaan bayi dalam kandungan dan juga keadaan kesihatan anak yang masih disusukan.

DARI SEGI HUKUM pula Islam tidak melarang ibu untuk menyusukan anak semasa hamil.

Menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tiada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)" - Hadis Riwayat Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah R.A.Al-Ghilah (menurut Ulama) bermaksud:
1. Maksud pertama: mensetubuhi isteri ketika sedang menyusukan anak (dikhuatiri akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang disusui)
2. Maksud kedua: seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil.

Diceritakan, Nabi S.A.W. pada mulanya ingin menegah kerana khuatir memberi mudarat kepada bayi yang disusui kerana menurut tabib-tabib Arab zaman itu, susu wanita hamil adalah penyakit dan orang Arab tidak menyukainya dan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Namun Nabi menarik semula hasrat baginda setelah mendapati orang Rom dan Parsi mengamalkannya dan tiada kesan mudarat ke atas anak mereka.
Jadi ibu, tarik nafas dalam-dalam, tepuk dada, tanya hati. Keputusan di tangan ibu. Jika mahu teruskan, InshaAllah, Allah pasti lorongkan jalan.

Sumber : Facebook, Blog orang lain...ni memang copy paste tuk rujukan sendiri..

#jangankecamsaya

No comments:

Post a Comment

Komen Secara Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...