Thursday 8 March 2012

Inspired by Button My Buttons

Salam Khamis semua....

Hari ni nak cakap semalam malam semalam...semalam Senah, Jah, Tipah dengan Bedah g tempah baju kat seorang akak ni kat Bt 3...sejak dari kecik tak pernah tempah baju kat orang len selain mak buatkan sendiri. Tu pun baju kurang biasa & kurung pahang je yang mak reti buat. Lagipun Senah memang suka baju simple2 je. Pakai baju pesen2 pun tak guna sebab Senah ni bukan seorang gadis ayu jalan lenggang lengguk & duduk sopan santun. Silap2 pesen2 sangat duduk pun tekepot2... tak kuasa Cik Senah * tangan di bahu mata ke atas o.o

So this is 1st trial nak tempah kat orang tak kenal. Cuak gak sebenarnya sebab takot baju tu tak jadi ape yang kita nakkan.Tapi sebab Cik TIpah yang kenalkan tailor ni dan dia pun puas ati akak tu buat baju2 dia so kitaorang pun serbu la g buat ramai2 kat Kak Illa tu.

Sebelum tempah tu Senah ade la usha fesyen2 baju yang nak ditempah..dan aku tertarik giler dengan signature design dari Button my Buttons ni...
kredit to Button My Button 
cantik kan??tapi harganya pun cantik jugek...ngehehe...bagi golongan kureng mampu cam aku ni nampak gayanya melopong je la tengok kecantikan baju ni...O.o

kalo korang rasa korang mampu nak beli makanya pergilah tempah dengan dorang...ramai retis yang pakai baju dari butik ni..contohnya Intan Ladyana, Juliana Evans, Tiz Zaqyah, Kila fairytale *opsss dan ramai lagi lah...korang leh la tengok kat page dorang


So dah penat aku promote page Button My Buttons tak berbayar, berbalik pada citer tempahan baju aku tu..aku pun beria la tanya akak tu leh tak buat lebih kurang macam baju  kat atas tu *aku tak tiru eh,just inspired je <-takot kene saman punya statement..haha . So akak tu pun kata Insyallah, terus senyum lebar muka aku...so sekarang tak sabor tunggu hasil baju aku..korang pun mesti xsabor nak nengok baju aku kan...mudah2an tak jahanam la baju aku tu nanti...hahhaa

Baju ni aku tempah sebab nak jadi bridesmaid Cik Bedah..dia nak kawen bulan depan..nak kawen dah kawan aku...happy for you dear..

Till next entry...wasalam

No comments:

Post a Comment

Komen Secara Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...