Saturday 3 October 2020

OBESITI????

Syukur alhamdulillah masih di berikan kesempatan untuk bernafas lagi hari ini...

Hari ni aida nak share mengenai obesiti yang makin meningkat statistiknya kat malaysia ni...hurmmm...

Apa tu OBESITI??
ni bukan citer pasal OBE anak cik SITI sebelah rumah...tapi pandang serius sebab ia adalah akibat penyakit nutrisi yang sering dikaitkan dengan penyakit 3 serangkai(sakit jantung,darah tinggi & kencing manis), hipertensi, batu kaarang, kanser & banyak lagi lag...

Umumnya obesiti ni berpunca dari pengambilan kalori yang berlebihan & gaya hidup yang  tak sihat...tak sihat kat sini berkait rapat dengan amalan harian seseorang tu, contohnya makan banyak tapi kurang bersenam, makan tak mengikut potion yang di sepatutnya di makan...ni kira over makan la senang citer...makan untuk hidup bukan hidup untuk makan ya kawan2...ikut cara Rasullullah, makan sebelom lapar, berhenti sebelom kenyang...sedang2 elok je lah...

Cer korang try kira indeks jisim badan(BMI) korang kat bawah ni....

cara periksa bmi obesiti
dah kira tu korang tgk berapa dapat n tengok kat list bawah ni korang dalam golongan yang mana??

>18.5           = KURANG BERAT
18.5-24.9     = NORMAL
25.0-29.9     = BERAT BERLEBIHAN



Formula ni BMI = ( Berat dalam Kilograms / ( ketinggian dalam Meter x ketinggian dalam Meter) )
Bawah 18.5 = Kurang Berat
18.5 -24.9 Normal
25 – 29.9 = Berat berlebihan
30 & Keatas = Obesiti
Anda juga boleh membuat kiraan penilaian obesiti secara online di sini ~http://hra.moh.gov.my/ (klik link Obesiti)
Statistik Obesiti di Malaysia
statistik obesiti di malaysiaDi Malaysia , 4 daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun samada mengalami kegemukan atau berbihan berat badan.
Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.
Statistik 2006 hingga 2008 pula menunjukkan 630 kanak-kanak dan remaja dikesan menghidap diabetes dengan sesetengah mereka sudah mula menerima suntikan insulin sejak berusia setahun.
Lebih membimbangkan jumlah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006.
Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat. Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.
Buat pengetahuan Anda, negara kita Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik. Maklumat ini berdasarkan laporan Dewan Rakyat 2011.
Kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.
Fakta Obesiti Malaysia
  • Di Malaysia, 29.1% populasi dewasa didapati berlebihan berat (BMI 25.0 – 29.9).
  • Di kalangan golongan dewasa yang obes (14.0%), golongan wanita cenderung mengalami kegemukan (17.42%) berbanding lelaki (10%).
  • Antara kumpulan etnik, kaum India mempunyai berat berlebihan yang tertinggi (33.2%), diikuti oleh Melayu (29.8%) dan Cina (28.5%).
  • Prevalen kurang berat (BMI <18.5) adalah 8.5%; tahap ini sama bagi lelaki dan perempuan.
  • Prevalen kegemukan abdomen (lilitan pinggang wanita >88cm dan lelaki >102cm) adalah 17.4%. Wanita menunjukkan prevalen lebih tinggi (26%) berbanding lelaki (7.3%).
  • Prevalen berat badan berlebihan bagi orang dewasa meningkat dengan umur, terutamanya diperingkat kumpulan umur 35-39 tahun sehingga 60-64 tahun.
  • Prevalen kurang berat (BMI <18.5) di kalangan orang dewasa di bandar (9.8%) adalah lebih tinggi daripada kawasan luar bandar (7.8%).
  • Di kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas, prevalen pengecutan otot sebagai indikator malnutrisi ialah 19.9%, dengan kaum lelaki mempunyai risiko malnutrisi lebih tinggi (23.7%) berbanding wanita (16.8%).
Tips-tips elak Obesiti
  • Cuba kurangkan 10% daripada berat badan semasa anda, dalam tempoh 6 bulan dari sekarang! Jika berat badan anda adalah 80 kg, cuba kurangkan 8 kg dalam masa 6 bulan, iaitu 1.3 kg sebulan.
  • Makan ikut keperluan, jangan berlebihan.
  • Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus atau memanggang.
  • Kurangkan masa sedentari anda, seperti menghabiskan masa di depan televisyen atau komputer.
  • Elakkan pengambilan kalori yang terlalu rendah dan turunkanlah berat badan anda secara perlahan. Penurunan berat badan yang disyorkan adalah lebih kurang 0.5 kg seminggu.
  • Lebihkan pengambilan sayur, ulam dan buah. Ianya berkalori rendah dan membuatkan anda berasa kenyang untuk jangkamasa yang lebih lama.
  • Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong dan minum secukupnya.

No comments:

Post a Comment

Komen Secara Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...