Thursday 14 April 2016

Pumping Journey 2 - Terpaksa Buang Susu masa berpantang

Benda paling sedih bila terpaksa buang susu yang dah simpan dari masa pantang tu...kira hampir 2000+ oz sebab aida tak ada ilmu pasal pengendalian breast pum, tak ada ilmu penyimpanan susu ibu, tak ada ilmu pasal cara kendalikan susu ibu dan rasa susu ibu.

Terus kosong peti ais mak kat kampung dan peti ais aida kat Shah Alam, sebab aida try defrost susu masa pantang, bau dan rasa dia pelik yang amat dan memang tak elok. Rasa masam bau pun tak sedap. Check balik kesalahan start dari mana.

1- Pengendalian pum susu - aida guna Lacte Duet
Aida memang basuh pum susu setiap kali habis mengepam masa awal2 dulu..sebabnya tak de ilmu dan tak tahu sebenarnya
 * pum boleh di guna semula even kita dah guna asalkan di simpan di dalam peti ais dan mesti tak lebih 24 jam
 * basuh pam kemudian sterilize / rendam dengan air panas untuk matikan kuman - aida buat ni tapi hanya waktu pagi sekali je....so yang duk pam basuh pam basuh tu memang tak de la nak rendam air panas tiap kali tu

oleh kerana aida basuh pum selepas setiap kali lepas mengepam jadi pam tak sempat kering dan aida tak lap  keringkan pun  peralatan pum tuk next session, jadi susu dah bercampur air pair (kemungkinan nya) jadi ni antara penyebab susu yg aida simpan tu rasa masam dan berbau pun masam. Dah terdedah dengan bakteria.

Awal2 pum aida tak explore pum lacte tu..ada bahagian2 kecik yang aida tak cuci bersih..lepas dah nak habis pantang baru perasan yang valve tu ade kerak2 susu yang masih lekat. Jadi tuk elakkan Humaira minum susu yang dah tercemar jadi aida decide tuk buang semua susu yang aida pum dalam masa pantang & sebelom aida kesan ade kerak susu kat pam tu.Ni memang nak kene korek biji mata dan sebat sekali..pelepiaq....hahahha

Masa ni tawakal je. Lagi seminggu nak naik keje dan nak kene simpan stock tuk bekalan ke Babysitter (BS).Husband la the person yang bagi sokongan moral dan kata semangat. Dari anak sakit perot jadi amik la precaution awal. Iollls terharu...

2-Pengendalian susu ibu
Aida tahu susu ibu tak boleh berada kat luar terlalu lama tapi kadang2 lepas mengepam / tengah2 pam tertido -_- huhu...yela kene bangun setiap sejam nak susukan Humaira dan pum tuk elakkan bengkak susu. Ade tu almost more than 2hours baru g simpan dalam peti ais..Bakteria dah merebak dalam susu agaknya..
Susu ibu very very fragile....even susu fresh leh simpan 4jam kat suhu bilik tapi tengok keadaan dan cuaca gak kan..Masa aida berpantang memang sangat panas..huhu

3-Tak tahu rasa sebenar susu ibu
Ni memang nak kene lempang pelepiaq sekali kat diri sendiri...Sebab geli nak rasa susu sendiri..wakakka
Rupanya sedap manis..Ada ke dulu ingat susu tu ikut apa ibu makan. Makan Sambal rasa sambal, makan aiskrim rasa aiskrim, makan pelam rasa pelam..korang rasa????Nak buat apa ni pikiran macam ni...Sekali rasa creamy wei..no wonder baby suka...Amazing kan Allah jadikan breast kita leh kuarkan minuman yang sangat lazat... slurrpppppppppp

Sebabkan ni la aida rasa susu masam sikit je semua aku kata dah rosak.. Lepas gali2 ilmu n tanya LC rupanya memang rasa susu ibu akan jadi lain bila dah di bekukan. Macam ikan udang sume la...dah beku so tak fresh n rasa mesti la akan lain..kalo baru naik mestila manis n sedap.

4-Tak ada ilmu
Ni la rangkuman semua masalah aida terpaksa buang susu tu...TAK ADA ILMU...pape pun sebenarnya kene belajar, kene tau apa kita patut tahu. Ilmu tu meluas dan tak terhad.. Ilmu penyusuan ni tak ada belajar masa kat sekolah eh...kalo korang tanya aku sepuk kang.. Ni inisiatif sendiri nak belajar sebab apa2 pun buat untuk anak....Ko taip jela kat FB tu berlambak orang share pengalaman dorang dalam menjayakan penyusuan eksklusif ni.

Dulu tak ada FB tak ada IG tak ade medium yang meluas nak belajar tentang penyusuan ni.. So sebab tu la ade bancian mengatakan hanya 20% je penyusuan penuh 2 tahun. Alasan sebab bekerja..Rumah pengasuh jauh dan anak tak boleh isap botol segala bagai la alasan. Dulu pun mak2 ramai tak kerja so leh la direct je kat anak tu. So yang bekerja tak tahu leh simpan n gunakan susu tu tuk gunakan kat rumah BS.. Eh tak yah dulu la ...Sekarang pun ada gak yang tak tahu susu tu leh perah n simpan dalam peti ais...Ni memang nak kene sebat..pelepiaq skali mommy ni...

Aida dapat tahu yang ilmu penyusuan eksklusif ni tak meluas sebab pengalaman sendiri kene. Ade la orang datang "jagongan" Humaira siap cakap nanti anak 7 8 bulan dah tak ada susu..kene ajar anak minum FM gak..Aduyaiii...iollss diam je..sebab tau dia tak terdedah dan tak ada ilmu. Aida explain gak macam mana, tapi biasala dorang tetap akan menegakkan pendirian dorang sebab dorang dah ada anak 4 5..Nanti kita educate pelan2 ya...Time ni dah la dalam pantang iolls time tu susu tengah tak berapa nak ada...dah mendatangkan stress dah kat situ..tapi tengok je post2 dari LC n kawan2 yang berusaha nak jayakan Eksklusif BF terus semangat balik...Mak aida pun pada mulanya susah gak nak paham.. Tapi duk cakap and explain lama2 dia paham dan sokong aida nak susukan anak secara eksklusif ni.. touchingg iolss dengan mak..

So apa2 tak tahu  TANYA...sebab tu la ade pepatah. Malu bertanya sesat jalan...Hah aida ni dah sesat jalan la..nasib la jumpa jalan lurus balik...apa2 tak paham taip je,..banyak je perkongsian dari experience mommy kat FB, ig, blog...eh banyak la medium lagi..Doktor n nurse pun ade leh tanya hokayyyyy...

Selamat menyusukan anak penuh selama 2tahun+ uollllsss....insyaAllah...

1 comment:

Komen Secara Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...