Tuesday 18 October 2016

Menyusukan dan mengandung

Tak pernah plan atau terpikir akan mengandung anak ke 2 seawal ini...Seawal umur Humaira pada usia 9 bulan... -_-'.... bukan nak menidakkan rezeki dari Allah ya..tapi memang tak sangka sangat2...hahaha...I know i will get few negative comment from people yang memang suka pikir negative. Eh, awalnya,anak ko kecik lagi, jalan pun tak pandai lagi, eh anak ko menyusu lagi, lepas ni kene bagi susu formula lar...eh anak ko nanti tak dapat kasih sayang mesti dia kuat mengaruk,eh eh dan banyak lagi eh...

Sebenarnya I know that I pregnant since 6weeks of pregnancy. I know i will get a lot of negative comment instead of positive feedback. First komen dari orang paling aku sayang & dekat di hati. Mungkin kerisauan dia sebagai mak kot..risau aku tak leh handle 2 children at 1 time.. Ha r..mak aku sendiri...Sedih tu memang la sedih sebab mak macam tak berapa selesa aku pregnant terlalu awal. As said earlier, bukan aku & shuben yang minta. Kami minta dimurahkan rezeki dari Allah, dan inilah dia rezeki yang Allah bagi. Memang kene minta secara khusus, rezeki apa aku nak minta lepas ni. Rezeki datang dalam pelbagai cara kan..huhu

Since aku menyusukan Humaira dan nekad nak susukan dia sehingga cukup umur 2 tahun. Aku tetap juga teruskan penyusuan. Dari pembacaan dan pertanyaan kat LC dan doktor, tak ada halangan teruskan penyusuan melainkan kita ada pendarahan, masalah dengan kelahiran pra-matang atau pernah gugur. Dari awal kehamilan aku tak ada masalah, cuma cepat letih, nipple akan rasa pedih especially bila Humaira direct BF. Tuhan je yang tahu, sampai menjerit2 aku...huhu

After review dan komen2 dari doktor dan pengalaman orang lain, sebagai ibu yang menyusukan dan mengandung..aku kene amik langkah2 kat bawah ni. No excuses ok..

1) Ambil kalori dan khasiat tambahan. Yela makan tuk 3 orang kot. Rujuk doktor atau pakar kesihatan kalau berlaku apa2.
2) Minum air banyak. Air putih/air jarang ya... bukan air manis2 yang mendatangkan kencing manis.
3) Dapatkan rehat secukupnya sebab ibu mengandung akan cepat letih, cepat stress dan cepat segalanya kecuali lambat jalan..wakakak.. Lagi2 menyusukan anak. Dengan perot boyot..Just imagine how it feel???
4) Bersedia hadapi susu drop sebab bila masuk kandungan 4 bulan, pengeluaran kolostrum akan bermula. Rasa susu akan lain, kemungkinan baby kita akan tolak susu sebab susu adik kan...huhu...Doktor cakap tak yah risau pasal baby tak dapat kolostrum nanti. Badan kita ni cantik dah Allah jadikan boleh tau hak siapa untuk siapa...Bersyukur dan amazing dengan kejadian Allah kan??
5) Bersedia dengan susu formula jika berat anak bawah garisan kuning. Sebenarnya boleh ajar anak dengan makanan berkhasiat sejak umur 6 bulan. Humaira plak jenis tak makan bubur nasi. I get prepared dengan pelbagai pilihan lain tuk dia macam roti, biskut, finger food dan buahan2. Tu je Humaira makan so far.. Anak oh anak. Picky sangaatttttt...mak pening....

Kalau korang nak lebih details boleh semak blog Dr Zubaidi ni. Aku pun baca dari banyak pengalaman ibu2 lain dan blog2 Doktor yang bertauliah...
Ni hasil 28/9/2016. Alhamdulillah...still maintain dapat 4 botol full ikut keperluan Humaira. 
This is what i got from LC Klang, kak Fazilah
Keperluan Humaira daily 4oz x 5botol = 20oz. Alhamdulillah so far pum dekat ofis dapat 16-19 oz untuk 2x pum. Pum pagi pukul 10.30 dengan petang 3.30 ptg. Sejak Humaira masuk 9 bulan aku dah start pum 2x je..Susu dah makin drop sejak 1st period. Lepas tu tak period sebab terus lekat dah ni..hahaha...Aku pum 3x dapat segitu, pum 2x pun dapat segitu, so aku decide pum 2x je..hasilnya tetap sama..Penat kurang sikit..hihi...janji mencukupi tuk anak aku..

Sejak tahu aku mengandung baru la stock aku yang tak terusik dari bulan 1 tu. Tapi bulan 1 & 2 aku dah let go.. terpaksa buang sebab dah lebih 6 bulan dah.. Ikutkan elok je lagi, tapi aku yang tak secure dengan khasiat dan rasa nya. So aku decide guna stock dari bulan 3.Baru la berjalan stock2 frozen EBM aku tu. Kalo tak sebelom ni Humaira minum chilled and fresh je. Ya Allah baru aku sedar perjalanan aku tu Allah dah susun indah cantik. Dia bagi aku susu melimpah ruah dari awal2 rupanya sebagai persediaan untuk baby ke 2. Deep freezer tak la penuh sangat tapi insyaAllah cukup tuk cover sampai Humaira tuk 6 bulan akan datang. Tapi aku dah start buat FIFO la dari bulan lepas lagi..

Since guna stock frozen aku bagi humaira 3frozen, 2 chilled. Dah tak boleh fresh dah pagi. Sebelom tu kalo marmet pagi insyaAllah boleh je dapat 4oz, lepas period aku memang dapat sikit sangat pagi tu. Kene tandem atau kene pum baru leh dapat 4oz. Tahap kerajinan tu kelaut bila sebut pum. Huhu... So bagi jela chilled EBM kat maira. Nanti nak susu, pengasuh Maira panaskan je...

Semoga yang senasib dengan aku boleh la kita sama2 share ilmu dan pengalaman ya.. Bakal ibu anak 2...hehehe

No comments:

Post a Comment

Komen Secara Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...