Monday 13 July 2015

Majlis Berbuka di Felda D'Saji, Tasik Titiwangsa

Alhamdulillah...selesai dah majlis berbuka puasa dengan anak2 yatim dari Rumah Amal Bistari, Rawang. Meriah sangat dan seronok dapat melayan adik2 ke anak2(huhu) iftar. Bertambah2 dorang makan, tu yang buat kami lagi seronok melayan dorang jalan 1 restaurant tu cari makan. Padahal sebenarnya kami pun excited gak nak cuba semua makanan...hahaha

Tak banyak amik gambar sebab sibuk melayan anak2 yatim, eh ke sibuk makan???hihi...dua2 sekali la senang citer...tapi serius makanan kat sini memang sedap2 dan menyelerakan. Dari makanan kampung, western, steamboat, semuanya sedap la...tapi kalo ade sushi mesti lagi sedap..kihkih... berbaloi plak tu.. sori aida memang tak amik gambar makanan pun kat sini sebab sibuk layan anak2 yatim ni cari makanan. Kang mana nak pegang handphone mana nak pegang pinggan makanan sebab dua2 tangan pegang pinggan..Handphone simpan dalam beg je..hihihi..but seriuosly korang kalo yang duk KL tu leh la try makan kat sini..semua sedappppppppppppp...ni harga buffet dorang. Tapi tahun ni tinggal 3hari je korang nak try..tak sempat g tahun depan la jawabnya..hihihi

Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa
Dewasa : RM 75
Kanak-kanak (4 tahun hingga 12 tahun) : RM 39

No. Telefon untuk Tempahan/Booking di Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa

03 - 4021 0098 / 019 - 277 7792

Sepanjang bulan ramadhan 2015 ni..actually ni la 1st time aida makan kat luar secara buffet. Sebelom kawen memang selalu la buka kat luar. Dah kawen ni shuben lebih suka aida masak simple je kat rumah. Dia pun bukan makan banyak sangat..jadi kami rasa baziaq je g makan buffet tapi makan sikit. Kalo aida yela leh makan banyak..alasan makan tuk 2 orang..hahaha..Eh lari topik la plak citer pasal laki...

Kat bawah ni sedikit gambar suasana masa Majlis Berbuka dengan Anak2 Yatim RABB. Ceria je kan dewan ni.. Thank you pada semua pemimpin2 tertinggi B32 yang bertungkus lumus arranged majlis ni tuk kami sekali lagi meraikan anak2 yatim ni terutamanya kapten PMG kami, Cdm Azilawati dan suami Cdm Ahmad Saufi. Kami syukur sangat berada dalam group yang sentiasa balancekan dunia akhirat. Dunia kita kejar, akhirat kita tak lupa dan sentiasa amalkan amalan bersedekah. Bisnes2 juga tapi kalo tak kerana dalam kumpulan macam ni tak terdaya kami nak anjurkan majlis macam ni sorang2 kan.










Seronok Najib dan Faiz terima duit raya dan hadiah2 dari kutipan derma. Mudah2an tahun hadapan kami dapat bagi lebih lagi insyaAllah... 



Semoga terkenan la muka anak dalam kandungan macam Faiz ke Najib..comel sopan santun je plak tu budaknya..Perasan anak2 yatim ni muka dorang bersih jer...Upload gambar ni kat FB, Awin tanya baby bump mana??baru perasan aku nampak slim la plak time ni...ramai cakap tengah bawa baby boy..Aida and shuben xkesah jantina, just doa semoga baby cukup sifat dan lahir dengan sempurna akhlak dan sikapnya..amin


Semoga tahun depan kita dapat berjumpa lagi dalam Ramadhan yang berkat ni. Kejap je dah nak habis Ramadhan.. Dah masuk 26 Ramadhan...huhu...tak sabar nak cuti pun iya..then leh duk kat kampung lelama..hoyayyy...tinggal la shuben kat Shah Alam sbb selasa dia dah keje..Jangan nangis ya bang..hihihi

No comments:

Post a Comment

Komen Secara Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...