Monday 28 September 2015

5 minuman untuk wanita selepas bersalin

1. Kunyit Bantu Kecutkan Rahim
Bahan-bahan:
2 ketul kunyit
½ ketul halia
2 batang serai
½ ketul lengkuas
½ ketul temukunci
Sedikit garam
Air satu liter
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini sehingga hancur.
2. Masak dengan air selama 40 minit hingga 1 jam.
3. Minum segelas kecil sehari.
Khasiat:
Sesuai diamalkan untuk ibu selepas melahirkan anak kerana ia membantu mengecutakan rahim di samping membanyakkan susu.
2. Halia Buang Angin Dalam Badan
Bahan-bahan:
2 ketul halia} dihiris nipis atau diketuk
2 uncang teh
Gula perang secukup rasa
Air
Cara membuat:
1. Rendam teh dalam satu jag air panas sehingga kembang.
2. Masukkan halia diikuti dengan gula perang. Kacau sehingga sebati.
3. Boleh diminum dua gelas kecil sehari.
Khasiat:
Membuang angin dalam badan, membantu menghilangkan stres dan membuatkan anda lebih relaks.
3. Kurma Bekalkan Tenaga
Bahan-bahan:
5 biji kurma
1 gelas susu segar
1 sudu madu
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini sehingga kurma hancur.
2. Minum sehari sekali, sangat elok diamalkan ketika perut kosong.
Khasiat:
Membuatkan badan cergas dan menaikkan seri wajah. Ia juga membanyakkan susu di samping melembapkan kulit.
 
4. Delima Bantu Kurangkan Kolestrol
Bahan-bahan:
½ sudu teh jus delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam
Cara membuat:
1. Kacau semua bahan ini sehingga sebati. Minum sekali sehari.
Khasiat:
Delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Ia juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.
5. Gabungan Herba Pulihkan Bahagian Intim
Bahan-bahan:
1 ulas bawang putih} ditumbuk
7 biji ada hitam}
1 inci halia} ditumbuk
2 inci ibu kunyit}
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung
Cara membuat:
1. Pecahkan telur di dalam cawan.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
3. Kemudian, masukkan madu. Kacau sehingga sebati.
4. Minum segelas sehari selama tiga hari berturut-turut terutama untuk ibu selepas melahirkan cahaya mata.
Khasiat:
Memanaskan badan, memberi tenaga dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.

No comments:

Post a Comment

Komen Secara Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...