Wednesday 19 August 2015

Nak kawen dahhhhh

I memang dah kawen dah...dah masuk 1tahun 5 bulan dah pun alhamdulillah...ni cousin Aida yang nak kawen. Anak sulung mak Non (adik arwah ayah yang ke 4) yang nak kawen. Muda lagi...umur baru 26 ke 27 tahun. Tapi dah ada perniagaan sendiri iaitu pusat tuisyen. Dulu aida ada share kat dalam IG masa dia buat kenduri doa selamat. Alhamdulillah perniagaan dia berjalan baik dan sekarang dah dipermudahkan jodoh dengan Jieha orang Batu Pahat plak tu... so senang nak balik kampung leh beraya kt kampung skali...tak la gaduh2..hihihi

So Ahad lepas aida, Mak Ti dan anak dia Zakiah datang membantu apa yang patut..Selamat dekat Shah Alam je boleh la sumbangkan tenaga apa yang patut tuk permudahkan majlis tu nanti. Mak Non buat catering sepenuhnya jadi tak banyak yang nak di bantu selain buat goodies dan bunga telur. Bunga telur mak Non dah siapkan sikit2 sebab dia buat sendiri pakai tisu je.. Cantik sangat..mak Non memang kreatif,tau aku minta mak Non buatkan masa wedding aku dulu..hehe...Terlupa nak amik gambar..insyaAllah nanti masa majlisnya aida update bunga telur handmade Mak Non tu.. 
Comel kan souveniour Mak Non ni..masukkan kacang color2 tuk tetamu..senang dan ringkas jer..Ok la tak renyah sangat bila nak bg orang dan orang boleh makan dan gunakan botol kaca tu tuk perhiasan atau kegunaan lain. kalo aku susun n guna wat letak rempah2 ratus aku ni..nampak kemas je almari dapur dan cantik nampak apa isi dalam...kalo ade lebih nanti nak minta mak non lebih...wakakak..tak maluuu...

Masa isi masa sama masuk mulut gak...hopefully cukup la tuk wat isi balang ni..kalo dah asyik masuk mulut je silap2 Mak Non kene beli lagi kacang2 ni...aku paling suka kacang Jepun yang warna hijau tu dan kacang kuning...sodappp....

No comments:

Post a Comment

Komen Secara Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...