Monday 3 August 2015

Cousin's Wedding & Beraya

Assalamualaikum semua...salam Isnin. Hari dah masuk hari ke 18 Syawal. Eh rasa kejap je dah nak masuk bulan Zulkaedah. Baru rini start puasa 6 dengan shuben,mudah2an sempat la habis sebelom habis Syawal. Alhamdulillah so far ok even pagi tadi g checkup my baby. Naik 2kg hokayyy..dah tak pasal2 kene datang checkup dengan doktor lagi 2weeks time..aduyaiii malasnya..pastu dah la nak kene check BP every Monday and Thursday.. Nasib ada alat kat rumah leh la check kat rumah jer...

Sabtu lepas agak busy attend wedding cousin dan beraya dengan makcik pakcik sebelah mak. Seronok dapat kumpul sekali sekala dan raya sesama. Dari tengah hari sampai ke tengah malam beraya.. Tak ingat dunia betol. Makan je tu yang naik sampai 2.2kg...hahaha...tula berlagak sangat last checkup naik 100gram je..sekali bulan ni naik banyak giler..rasakan sama ko Aida...mujur puasa 6 ni mudah2an dapat la kawal makan.

Erm citer pasal wedding cousin ni actually anak akak kandung mak Cik Rah yang duduk di Beranang. Majlisnya dorang buat kat Tasik Titiwangsa. Shuben dah buat muka masa dapat jemputan sebab wedding kat area tengah2 KL. TERPALING MALAS tuk dia drive masuk KL especially on weekend. Mula2 dia kata nak g awak drive ya. Tapi hari kejadian dia gak yang drive..hehehe..saja la tu nk protes tak nak redah jem..

Sampai2 majlis pukul 4 angah, mak, mak Ne n mak Lim tak sampai lagi sebab bas mak dari Batu Pahat rosak so dorang bertolak lewat sejam dari masa asal. Sampai TBS dah pukul 4, tunggu kak Ngah amik lagi dengan jem dorang sampai tasik pukul 5. Aku dengan shuben sempat beli kopok lekor dulu dan duduk2 menikmati angin sepoi2 bahasa gitu. Dating kejap la kat tasik...sebelom kawen dulu kan tak dating, ni amik masa dating la kejap sementara tunggu angah n yang lain sampai.

 Hai bang...leh kenal ker??orang Malaysia kan??bukan bangla??hihih...gurau je shuben... ^o^

Hai Abang Beto, lapo sangat so saya amik candid jela...Mak Lim, Mak Ne dengan mak yang over tau nampak Azhan Rani dengan Beto...yela dorang duk ngadap TV je hari2 so tau la siapa pelakon siap tahu berlakon drama apa...ada senyum je dapat gambar dengan retis...Beto tengah amik makanan pun layan je la amik sipi janji ade bukti nak jeleskan Fatin.hehehe..kelakor je Mak Lim ni tau...

 Masa datang ni hujan lebat yang amat ya Allah...habis basah kain2 sebab lecak dalam khemah ni..memang tak leh lari mana la..duk jela ngadap makanan... Ni semua silap makanan la aku naik 2kg...hahaha...


 My 2nd generation cousin. nama Aida gak dengan anak dia yang comel Maira..tapi tak nak kat orang...Dua2 mak yong..
Mak Pengantin yang berdiri sebelah mak tu tudung purple baju peach. Kami panggil Cik Rah. Akak mak number berapa aku tak sure...Tak senonoh punya anak saudara kan tak tau makcik nombor berapa. Sebab adik beradik kandung mak ramai dan jarang sangat jumpa. Jumpa pun time raya dan time dia datang aku selalu tak ada rumah. Beraya ke rumah orang atau balik kampung shuben. Actually aku kenal siapa adik beradik mak cuma tak tau susunan. Lagi pun mak memang di ambil jadi anak angkat oleh akak dia yang sulung, so aku lebih kenal makcik2 susuan mak aku yang sepatutnya jadi cousin aku.. Kalo nak citer panjang bebenor. So aku skip jela ya...

Cousin aku ni kawen dengan retis, so tu ramai artis datang. kalo korang perasan dia jadi Chef Ammar kawan kepada El yang selalu melawak dekat restauran si El tu..kalo perasan la..dalam movie CEO pun dia ade berlakon jadi pembuat kasut tak silap. Ada ramai artis lain lagi tapi dapat tangkap beberapa je. Macam jakun sangat la plak kan dengan semua retis ko nak amik. Dengan hujan2nya pastu dengan shuben duk singgul2 jeling2 cakap jangan nak ngengada amik gambar dengan artis eh... aku redha -_-

Lepas hujan reda kitaorang gerak ke rumah Abang Ngah anak Mak Ani. yang pakai tudung hitam bunga2 kecik tu. Saja je nak jenjalan. Kalo tak gini memang tak berjalan la kitaorang. Nasib shuben ok nak g beraya. Kalo tak dia la paling malas nk ikut..huhu..lepas dari rumah Abang Ngah kat balakong tu kitaorang baraan ke Bangi rumah Kak Intan. Tak bergambar dengan kak Intan yang cun melecun tu sebab dia yang teruja amik gambar kitaorang. Sempat siap masakkan kami mee gorang basah. Padahal lg 15minit nak datang tu baru bagitau ktorang otw tapi menyempat lagi dia masakkan...Sedapppp 3x aku tambah.. Ni semua musibat kepada kenaikan berat badan aku la ni...hahahah....

Lepas dari bangi ni laki aku dah tak larat. Badan melengas dia kata.. So aku ikutkan jela, g pun aku pun dah nak pecah perot asyik makan je dari petang tadi..hahaha...korang rasa salah sapa sebab naik berat badan??salah nafsu sendiri tak reti nak control...Semoga jadi pengajaran tuk bulan2 akan datang. Rini puasa pun aku dah pikir nak masak ikan siakap 3rasa dengan sayur kailan ikan masin..Favourite aku plak tu.. risaunya termakan lebih 2 pinggan... @_@ huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Komen Secara Berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...